Jul 24, 2011

Bila mata tak mahu lelap..

Assalamualaikum..
Tetibe rasa macam best je letak gambar pantai :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Hujung minggu kali ni sangat membahagiakan.
Walaupun ada juga suara-suara sumbang yang memekak,
Cuba untuk mengganggu ketenteraman hidup.
Hujung minggu kali ni sangat aman dan selesa sebab..
Ihsan ada di rumah ^_^
Rasa normal semula pabila ada kawan untuk gelak-gelak sambil tengok movie.
Kalau Maryam ada sekali mesti lagi best!
Mereka berdua nilah permata hati.
Biar nakal macam mana sekali pun, diorang la adik-adik yang disayang.


Sementara masih ada masa,
Sementara Allah masih bagi kesempatan pada untuk hidup, 
Akan cuba untuk hargai setiap detik yang ada.
Kalau tak buat macam tu, pasti suatu hari nanti akan menyesal.
Rasa SESAL.
Itu sangat menakutkan.
Sebab..kita takleh nak gostan balik masa.
Sungguh. Takut kalau nanti kita menyesal di kemudian hari.


Contoh macam semalam..
Henpon Norkiah rosak lagi. Mesti virus tu attack semula.
Habis dah takleh ON langsung.
Screen jadi blank je. Buat sakit hati je tengok.
Paling menyakitkan hati ialah..tak sempat selamatkan data-data penting kat dalam henpon tu.
Ya. SEKALI LAGI.
Sebelum ni dah pernah berlaku kejadian seperti di atas.
Betullah.. Sesal kemudian tiada gunanya.

Lepas ni janji akan jadi kuno sikit dalam bab-bab simpan data ni.
Biarlah orang nak kata kolot.
Daripada hilang macam tu je, baik catat dalam buku atau tulis atas kertas.
Paling tidak pun, ada back up.
SERIK. Habis hilang semua nombor-nombor penting.
Argh. Tensen je.

Nasib baiklah macam ada rasa bahagia lebih sikit minggu ni.
Jadi, peratus nak naik hangin tu teramatlah sikit.
Alhamdulillah.

Syukur masih ada rasa bahagia yang bersisa.

Tak sanggup nak kerut dahi sepanjang masa.


Jul 19, 2011

Ready. Set. Go!




Assalamualaikum..
Dengan ini, diumumkan belog yang lama dah dipadamkan dengan jayanya atas sebab-sebab yang tertentu.
Nak dijadikan cerita, waktu padam belog tu, ada rasa kesal sebab tak tetap pendirian.
Amat susah nak tetapkan pendirian dan asyik pilih untuk jadi lalang yang memang tak tetap pendirian. Goyah tiap kali ditiup angin. (Jap, betul ke lalang tak tetap pendirian? Ntahlah.)
Puncanya jadi goyah sebab tak boleh tengok bila ada orang lain perform dengan lebih baik. Saat melihat mereka-mereka tersebut menulis dan berkata-kata dengan menggunakan bahasa yang indah, terus la rasa cam tak layak je nak menulis. Haha. Ya. Memang kurang bijak. Kalau nak tulis, tulis jelah. Apa nak kisah pasal orang lain pulak?
Akhirnya...belog baru pun diaktifkan dengan harapan, boleh bertahan seperti journal bertulis yang di update saban hari dan waktu.


Baru first entry dah membebel.
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Azlini kawan yang beri semangat semula untuk tulis belog.
Haha. Sungguh, memang tulis belog just for fun.
Akhir kata..
''Stand up for what you think is right, even if you are standing alone''
I picked one of the strips from Today's Advice and there you go.
Jangan jadi macam lalang yang tak tetap pendirian (lalang lagi.haha).
May Allah bless us all.