Mar 29, 2012

Kisah Anak Kucing dan Kuih Apam Balik

Sabtu. 25hb Februari.

Tuan Rumah baru pulang dari kedai. Teman ayahnya beli kuih apam balik di gerai yang terletak berhadapan dengan kedai Family Store.

Saat kereta Livina tiba di hadapan pintu pagar rumah, ayah Tuan Rumah berkata, “Nanti lepas ni, keluarkan anak-anak kucing semua dari sangkar dan bagi makan.”

Tuan Rumah yang faham dengan arahan tersebut, terus berbuat seperti yang diarahkan.

Tuan Rumah berjalan menuju ke sangkar sambil memanggil-manggil kucing-kucing tersebut.

“Jom. Jom. Keluar makan…bagi gemuk lagi..yay..!”

Dalam hati tuan rumah, beliau berkata, “Oh.memang gemuk rupanya mereka ni. Paling menyerlah sekali si Tompok.”

Anak-anak kucing berebut mahu keluar dari sangkar saat pintu sangkar terbuka. Haih…sabarlah. Pintu tu kecik je. Korang dah la besar-besar semuanya.

Semua pun buat stretching sejurus keluar dari sangkar.

Haha. Macam manusia yang lama duduk dalam kereta..mesti nanti bila keluar dari kereta nak luruskan pinggang, mengeliat, dan sebagainya. Nampaknya kucing-kucing ni pun sedang buat perkara yang sama agaknya.

Tuan Rumah kemudiannya pergi buka pintu rumah dan tanpa perlu dipanggil, semua anak kucing pun ikut juga dari belakang. Terkedek-kedek jalan.

Lepas bagi biskut kucing dekat semua kucing-kucing yang ada di rumah tu, Tuan Rumah pergi bersihkan badan dan berniat mahu bancuh air panas. Bolehlah minum sambil makan kuih apam balik yang baru beli tadi.

15 minit kemudian..

Tuan Rumah duduk di kerusi meja makan dan angkat tudung saji. Lalu dikeluarkan kuih apam balik yang ada. Dicubitnya kuih apam balik tersebut dan mahu disuap ke dalam mulut.

Tiba-tiba….tak sempat lagi nak masuk mulut…. “Miau..!”

Ei??

“Kau kenapa Tompok?”

Oh.Rupanya Tompok datang mengiau..dekat kaki tuan rumah. Dengan muka tak malunya, si Tompok melompat duduk atas riba tuan rumah dan tanpa segan silu…digigitnya kuih apam balik yang ada di tangan tuan rumah.

“T_T…… Ini kucing ke alien?

Dan..dan..dan…. dibawa turun apam balik tersebut lalu dijatuhkannya ke atas lantai dan.. Tompok makan kuih apam balik tersebut dengan jayanya.

OMG!!! Dia makan kuih apam balik???!

“Abaaaaah….! Tengok Tompok ni! Dia curi Apam Balik orang!”

Berlari-lari si Ayah mahu melihat apa yang sedang terjadi.

Tuan Rumah ingatkan ayahnya mahu marah atau jentik telinga si anak kucing. Tapi…

“HAHAHA…..Ini kucing ke apa ni? Makan apam balik? Nak lagi ke? Meh abah bagi.”

“-_- alahai….. lemah semangat aku dengar.

Kau ni kan anak kucing, memang la nak kena nanti.

Dah la 2 minggu yang lepas kau makan roti berinti coklat. Ni makan apam balik pulak?

Sahlah kau alien.

Ada nama baru untuk Tompok. Tompok Alien Gemuk! AHAHA…

Nasib baiklah kau comel. Kalah aku dengan kecomelan kau. Tak apalah.

Ciptaan Tuhan memang unik. Subhanallah.

Super Confident

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, at last today, someone has slapped me on the face.


PAP!


“Wake up lah..for how long do you want to be like this? Ingat malas-malas macam ni dapat duit beratus-ratus ke? Ingat assignment boleh siap? Wake up! Or I’ll slap you again.”



Silence.



“Wake up..please. Malas tu kalau disimpan, lama-lama jadi habit. Jadi tabiat. Buruklah.”



Adeh. Sakit tahu?



Well, he’s a friend of mine. And he did not literally slap me on the face. Haram wei. I wasn’t concentrating when he was lecturing me on “The Disadvantages of being LAZY”. But, I stopped to hear what he was saying when he said “Malas tu kalau disimpan, lama-lama jadi habit. Jadi tabiat. Buruklah”. PAP!! That was when he slapped me right on the face. It hurts.



Phew. This story turned out to be very inspiring to me. Good for me. Good for me.

I really needed that slap. Malas dah sampai tahap super. Nak charge telefon pun malas. Ini kes parah.



I am now trying my best to fully utilize my holiday so that it will not be wasted on silly silly things. For now, I am glad that I have spent a lot of time with my cats. It was awesome. Duduk bersahaja sambil berpandangan dengan anak-anak kucing yang tak reti nak duduk diam.



I wanted to talk about my friend. He was very confident to slap me right on my face. Congrats. And he was very confident to tell me that he is going to get married in like 2 years time. I thought he already has a fiancé or a girlfriend, at least. In reality, he has no one. But, he was super confident telling me that he will get married in 2 years time.



“Bila dijangka kahwin?” asked oblivious me.



“InsyaAllah 2 tahun lagi. Kalau boleh before 26 tahun.”



Silence.



“But, right now sedang mencari calon lagi la.” He added, with a small laugh.



“Laaaaah..! Mati-mati ingat dah ada calon tadi. Cakap macam dah ada je. Apalah. Tapi, hebatlah. Tahniah sebab super confident.”



Haih. Super confident. I told him, this must be the case of a serious daydreaming. Good for him. Am very proud of him. May his dream come true. Bolehlah Fathi mark dekat calendar, “Upcoming Wedding: Pelindung Agama”. Hahaha.



Thank You Allah for sending me a friend like him.

To Pelindung Agama, Terima kasih. Moga Allah makbulkan doa anda.



Mar 8, 2012

Tercalar

Assalamualaikum.

Pernah dengar perkataan calar?
Ya.. saat kita calarkan kereta orang tanpa sengaja.
Saat kita calarkan buku dengan dakwat pen.
Saat kita calarkan hati ibu dan ayah di waktu kita buat perangai tak matang.
Saat kita calarkan hati pensyarah di waktu kita tidur di dalam kelas "-__-  errk...aku buat ini.

Dramatik tak contoh kepada perkataan CALAR?

Baiklah. Mari pergi terus pada isi utama entri kali ini.

Di dalam beg ada kunci bilik.
Di dalam beg ada mp3 player.
Di dalam beg juga ada telefon bimbit.
Ketika itu, tuan punya mp3 sedang dalam perjalanan pulang ke hostel.
Sambil berjalan, tangan beliau seluk ke dalam beg dan dicapainya mp3 player yang ada di dalam.

CALAR?!

"Macam mana skrin mp3 player ni boleh bercalar??
Tak sampai setahun lagi usia alat canggih ni." kata Tuan Punya mp3 dalam nada yang kesal.

Rupa-rupanya..beliau bijak sangat. Diletaknya mp3 player sekali dengan kunci bilik.
Kunci tu kisah apa kalau dia calarkan skrin mp3 tu?
Padan muka.

Sekarang, dah bercalar.
Tak boleh diundur semula masa.

Hakikat bahawa skrin mp3 player tersebut sudah bercalar, harus diterima dengan hati yang redha.

"Tak apalah. Lepas ni, jangan letak kunci sekali dengan barang2 yang ada skrin. Barulah tak ada insiden CALAR lagi."

Sekian.