Sabtu. 25hb Februari.
Tuan Rumah baru pulang dari kedai. Teman ayahnya beli kuih apam balik di gerai yang terletak berhadapan dengan kedai Family Store.
Saat kereta Livina tiba di hadapan pintu pagar rumah, ayah Tuan Rumah berkata, “Nanti lepas ni, keluarkan anak-anak kucing semua dari sangkar dan bagi makan.”
Tuan Rumah yang faham dengan arahan tersebut, terus berbuat seperti yang diarahkan.
Tuan Rumah berjalan menuju ke sangkar sambil memanggil-manggil kucing-kucing tersebut.
“Jom. Jom. Keluar makan…bagi gemuk lagi..yay..!”
Dalam hati tuan rumah, beliau berkata, “Oh.memang gemuk rupanya mereka ni. Paling menyerlah sekali si Tompok.”
Anak-anak kucing berebut mahu keluar dari sangkar saat pintu sangkar terbuka. Haih…sabarlah. Pintu tu kecik je. Korang dah la besar-besar semuanya.
Semua pun buat stretching sejurus keluar dari sangkar.
Haha. Macam manusia yang lama duduk dalam kereta..mesti nanti bila keluar dari kereta nak luruskan pinggang, mengeliat, dan sebagainya. Nampaknya kucing-kucing ni pun sedang buat perkara yang sama agaknya.
Tuan Rumah kemudiannya pergi buka pintu rumah dan tanpa perlu dipanggil, semua anak kucing pun ikut juga dari belakang. Terkedek-kedek jalan.
Lepas bagi biskut kucing dekat semua kucing-kucing yang ada di rumah tu, Tuan Rumah pergi bersihkan badan dan berniat mahu bancuh air panas. Bolehlah minum sambil makan kuih apam balik yang baru beli tadi.
15 minit kemudian..
Tuan Rumah duduk di kerusi meja makan dan angkat tudung saji. Lalu dikeluarkan kuih apam balik yang ada. Dicubitnya kuih apam balik tersebut dan mahu disuap ke dalam mulut.
Tiba-tiba….tak sempat lagi nak masuk mulut…. “Miau..!”
Ei??
“Kau kenapa Tompok?”
Oh.Rupanya Tompok datang mengiau..dekat kaki tuan rumah. Dengan muka tak malunya, si Tompok melompat duduk atas riba tuan rumah dan tanpa segan silu…digigitnya kuih apam balik yang ada di tangan tuan rumah.
“T_T…… Ini kucing ke alien?
Dan..dan..dan…. dibawa turun apam balik tersebut lalu dijatuhkannya ke atas lantai dan.. Tompok makan kuih apam balik tersebut dengan jayanya.
OMG!!! Dia makan kuih apam balik???!
“Abaaaaah….! Tengok Tompok ni! Dia curi Apam Balik orang!”
Berlari-lari si Ayah mahu melihat apa yang sedang terjadi.
Tuan Rumah ingatkan ayahnya mahu marah atau jentik telinga si anak kucing. Tapi…
“HAHAHA…..Ini kucing ke apa ni? Makan apam balik? Nak lagi ke? Meh abah bagi.”
“-_- alahai….. lemah semangat aku dengar.
Kau ni kan anak kucing, memang la nak kena nanti.
Dah la 2 minggu yang lepas kau makan roti berinti coklat. Ni makan apam balik pulak?
Sahlah kau alien.
Ada nama baru untuk Tompok. Tompok Alien Gemuk! AHAHA…
Nasib baiklah kau comel. Kalah aku dengan kecomelan kau. Tak apalah.
Ciptaan Tuhan memang unik. Subhanallah.
i like tompok. uniqueness.. better than cat that nitpick, like my datin cat tu.. nit picky habis..
ReplyDeleteHaha.. Zie, I will introduce Tompok to you nanti. Si Alien Gemuk tu. Pelik tahap apa entah si kucing tu. Hehe..datin kan memang begitu perwatakannya ^_^ takpelah zie, unik jugak tu! Haha.
ReplyDelete