Dec 30, 2012


AMARAN: Entry merepek. Sorry for wasting your time. Please do not read if you have no leisure time.

Dua orang anak muda dalam KTM. Dalam perjalanan menuju ke Seremban. Bukan Tiroi. Haha.
DI sebelah kiri coach, ada tingkap. Jadi, boleh lihat pemandangan di luar. Hari siang dan matahari dengan jayanya memancarkan sinaran beliau. Awesome.
Ada banyak tumbuhan liar di luar tingkap. Oh, di tepi landasan kereta api untuk lebih spesifik.
Dua orang anak muda sedang berbual untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan. Dan untuk menghilangkan awkward silence.

Anak muda 1: Awak, tahu pokok apa kat luar tu?
(Yang kelihatan, spesis lalang, pisang dan..pokok lain yang tidak diketahui spesisnya)

Anak muda 2: Eleh. Senang je. Awak tahu ke pokok apa?

Anak muda 1: Awak tak tahu? Betul ni?

Anak muda 2: Pokok apa? -_-  (dalam hati berkata, muka dia macam nak kenakan orang je)

Anak muda 1: Pokok Kiambang tu. (sambil sengih-sengih)

Anak muda 2: eleh..tipu   -_- (kan dah agak. Ingat orang tak tau pokok kiambang macam mana agaknya)

Anak muda 1: Betullah. Tak percaya sudah. (Muka puas hati dapat kenakan orang) Hah. Yang tu pokok apa? Saya bagi peluang awak teka sekali lagi.

Anak muda 2: Yang tu saya tahu. Pokok pisang. 

Anak muda 1: Pandai pun.. (masih lagi muka-nak-kenakan-orang)

Anak muda 2 teramatlah pending. Aduhai..
Sekian. Perbualan di dalam perjalanan ke Seremban. Bukan Tiroi. Mehehe.


Situasi: Perbualan telefon
Saya: Awak ok?

Dia: Ok. Awak ok?

Saya: Saya? Saya ok je. Heheh.

Dia: Kenapa awak suka tanya macam tu?

Saya: Saja-saja. Awak ok tak? (Bhahahaha….bestnya buat macam ni. I feel normal)

Dia: Saya ok…. (sila panjangkan harakat OK tersebut)

Situasi: Saya dan Syafiqah

Saya: Syaf OK?

Syaf: OK. Tinah OK?

Saya: OK jugak.

Both of us akan senyum dan gelak at the same time. YES we are OKAY. LOL.

What is wrong with me?
Well..I am okay. Just so you know. Hahaha.

Dec 29, 2012

Somewhere Only We Know

It is a song title.
I know.
To You, I wish we can turn back the hands of clock.
And went back to the time when we first met.
And pretend like we do not know each other.
I would just know you as a stranger.
Who has no importance in my life.
I know, it sounded harsh.
But, oh, man. You ask for it.
I didn't know things would go wrong this way.
I've never dream of something like this to happen.
To be away from you.
To be a stranger to you.

What has happened?
You made it clear that nothing is going to be a reality.
I didn't know you were serious back then.
Well, you know how manusia these days.
Suka cakap tipu.
Janji manismu all the time.
That was the reason why I did not believe in any of your words.
Inche, even though those memories,
and those places
are the ones that only both of us know, 
I do not care.
I will remember. But will not try to cherish the memories.
It has now gone.
Trust me.
Allah knows best.
Sometimes, I feel the sympathy creeping in.
But, there are times when my heart says, "enough".

Oh, thank you for waking me up.
You are never serious.
Even when it is time to be serious.

Because of your ego and degil-ness, 
I made it through now.
I am free.
I am happy.
Super happy.
I, now, have someones who would be willing to help me
 to get through all the hardships in life.
Dengan ikhlas.
I do not need you.
Go. Fly free.
You, too, do not need me any longer.
Those someones are more precious to me.

Jangan pertikaikan mengapa
Saya pilih mereka daripada anda.

To my sweethearts <3
Saya sayang anda.
 Yes, you ;)



Dec 28, 2012

Kisah 2 - Ayah & Ibu's Kayla Marissa

Kayla Marissa
Yang cantik dan sopan-santun.

Alololo..comelnya.
Ibu said, she looks like me ;) Tahniah Along Afiq and Kak Kemy. Yay! Ibu dan ayah dah ada cucu. I haven't got the chance to meet the newly born little princess yet. Best lah Hilmy dgn Angah Hadry, dah ada anak saudara. Aww...bestnya! I was super excited masa jumpa Ibu on last wednesday.

Me: Ibu, siapa nama baby Along?

Ibu: Kayla Marissa. Pernah dengar tak nama macam tu?

Me: Belum pernah lagi. waah..sedapnya nama. Modern nama baby.

Ibu: Maksudnya yang cantik dan yang sopan-santun. Ibu nak tengoklah nanti dah besar macam  mana. Kot terlompat-lompat jugak macam Along Afiq dulu, Ibu nak cakap dekat Along, tang mana yang sopannya? *Ibu gelak bersungguh-sungguh*
Me: Haha...alahai bu..biasalah budak kecik... So comel. Nama sedap... ^__^

Ayah and Ibu.

They are my second parents after Umi and Abah ^_^

Tahniah ^_^ lepas ni Angah Odin punya turn pulak lah kan?

Selamat Bertunang Angah ^_^
Nanti orang datang time wedding Angah ye. 

So near yet so far.
Oh, Shakespeare harus diberi perhatian terlebih dahulu.


Dec 16, 2012

Buat Diri Yang Sering Lupa



Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
 "Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Down with Love,
Fathi

Dec 2, 2012

November

November.
Bulan kesebelas
Dalam kalendar.
Riuh rendah alam sekeliling,
Riuh lagi bunyi bising dalam minda.

Saat hati dan otak tidak lagi sekufu
Kewarasan akal makin hilang.
Bukan jadi gila.
Tapi hilang pertimbangan.

Bukan mudah seekor berudu nak jadi katak.
Bukan mudah ulat dalam kepompong nak jadi rama-rama.
Dan bukan mudah nak buat kek coklat yang sedap
Tanpa rasa sabar yang tinggi.

Cuba pergi kedai kek.
Tengok kek yang cantik dan kelihatan sedap dalam peti cermin.
Pernah terfikir tak kesusahan yang perlu dialami
untuk kek tersebut siap menjadi sesuatu yang indah?

Oh November.
kalaulah ada yang mampu faham.
Tak minta banyak..
Hanya perlu faham.

Benar.
Jangan peduli apa kata orang.
Allah penilai teragung.
Kita usaha, Allah nampak.
Kita sedih, Allah tahu.
Kita gembira, Allah yang izinkan.

November.
Saksi hati.
Melepaskan pergi apa yang sepatutnya.

Bukan mudah jadi manusia.
Cabaran pula untuk jadi Muslim sebenar.
Cekal. Tanam dalam hati.


*tengah semangat konon-konon berpuitis, adik junior bilik sebelah sedang gembira tgk running man sambil mengomel dalam bahasa korea. haha. comel.*

Dec 1, 2012

Narutopedia

How advanced kids these days.
For Naruto lovers..and those who are addicted to this manga series, you guys must have known about the existence of this Narutopedia looong ago.
How cool.
I was trying to understand my own brother's obsession.
So, I googled naruto and I found this Narutopedia.
Everything that you need to know about Naruto is in there.
How can he make a very serious discussion with his lil sister about the plot and characters of the story?
Talking as if those characters are real.
Strange it is.

Still trying to figure out what make them feel so happy to follow the series from beginning to end.

Rambut pacak-pacak, tutup mata sebelah, lompat-lompat, terbang-terbang kat pokok, err..sounds like pontianak a bit.
This ninja business is quite interesting. Living in their own world trying to solve their own mysteries of life.
What about the reality that we are living in now?
I think it would be awesome if we also have this kind of ninja spirit - the sense of strong brotherhood - the feeling of wanting to protect your own brothers from any kind of harm.
How amazing if these ninja skills can be used to defeat those Israel monsters who kill our Muslim brothers.

Oh Allah, please protect our religion, Islam and protect our dear Muslim brothers in Palestin. Amin.

Narutopedia. Weird.

Down with love.

Nov 28, 2012

A Slap On The Face

Life is a mirror, says her.
What you did before, will definitely have its own package. You will face the consequences in the future.
Says her again.

I know you need time. Trust me, devote yourself, your heart, your soul..everything, only to Allah.
I cannot give you the guarantee..but please, have trust in Allah. Wholeheartedly. You will see the difference.
She insisted on saying this.

You know what? Do not cry. Allah can see your effort. Do not think that He does not know what's happening. Hati kau tu, transparent. Allah boleh tahu semua.

Read the du'a that I told you before. It helps a lot.
Read it sincerely. HE is the only one who can get you out of this mess.
She held her hand, firmly.

Love your enemy. Remember I told you that?
She nodded and looked at her straight in the eyes.
Take care.
Kick all the negativity lah. You will be just fine. Remember what I said tadi.
Percaya ALLAH. Jangan ada rasa ragu-ragu walau sikit pun.
Her look was very soft and it made her tears rolled down her cheeks.
She said in her heart: Forgive my past. Only Allah knows how much I love you, friend.

She says again. Say nothing if you have nothing wise and beneficial to say. Okay?
Now stop burdening your brain. Let it rest for a while. Calm yourself and keep on believing. Allah ada. Sentiasa ada.

They departed.

Only Allah knows how both of them felt that day.

Reflection of the mirror.
You punch yourself in the mirror. Your hand hurts. Your anger stays inside.
Your sadness does not fade away.
Think wise.

Think wise.

Think wise.






Oct 13, 2012

Corporate Fraud

Bismillahirrahmanirrahim.

Staring on a blank page.
Have no ideas to write down anything.
Corporate Fraud.
Anyone?

Oh Allah,
I know this is challenging.
Please give me some patience so that I can endure.

=__=  apakah cerita yang harus saya ceritakan di hadapan kelas nanti?
Fraud itu adalah penipuan.
Dan menipu itu berdosa.
Impaknya pada masyarakat sangat besar.
Dan ia akan meragut maruah anda dengan kejamnya.
Di mana integriti?

Di mana harga diri?
Di mana Iman?
Di mana akal?
Sanggup kau calarkan maruah agama demi kepentingan diri.
Cetek akal.

Aku faham apa itu fraud.
Saat mahu dimuntahkan kefahaman di atas kertas,
terasa sukar.
Kerana kami akan dinilai.
Skop yang teramat besar dan luas. Mahu specific dan detail? Seperti tidak mampu.

Dr.Fadzilah, will you be mad if I don't meet your expectation?

Berusaha!!!!!
Kisah Fraud dan Hari hujan.
Sekian.





Word-less

Word-less




Speech-less




Point-less





Am I the only one who always does things wrongly?

How shameful.

Forgive me, Ya Rabb.

Reminiscing Sabah – Two – 25 Sept


1
Today would be the first day of my journey touring Sabah. Mehehe. I woke up for Subuh prayer at 5. That’s super early and pretty amazing. The water was soooo sejuk. Awesome!
Hari ni, destinasi kami, Sandakan. Can’t wait!
2
I thought Abang Kiki would come with us. Unfortunately, he’s not. Only the four of us went. Oh, yes. When I woke up that morning,  I couldn’t see the view outside the kitchen window. Gelap kan.memanglah. Tapi..tapi..when it was at 7-ish at that time, I went to the kitchen to refill my water bottle and guess what I saw? Ada pemandangan cantik dekat belakang rumah Pak Bong. Sawah padi hijau….sangat cantik! Subhanallah. Awesome ji le to have that kind of scenery at your own house.  Wo hen xihuan!
3
I couldn’t stop laughing sepanjang perjalanan.
Kak Sitilah punca segala-galanya. We saw lots of KUDA kat tepi jalan tau. Sedang meragut rumput dengan gembira di tepi bukit yang curam.
Kak Siti: Tinah, nampak tak kat tepi jalan tu ada apa?
Tinah: Nampak! *super amazed* Bestnya..
Kak Siti: Tau tak tu apa? Itulah kerbau nama dia. Pernah tengok tak kerbau?
Tinah:  “-______- *sabar jelah* apa pulak kerbau…
Kak Siti: *evil laugh*
Haha..jahat. Itulah modal beliau sebagai seorang tourist guide yang cemerlang.

4
It took us about 6 hours to arrive there. Jauhnya Sandakan. But I enjoyed the journey. Sightseeing dengan jayanya. I was informed that we will be staying for one night at Cik Nor’s brother’s house at Bukit Garam. We passed by Kinabatangan before we arrived there and Kak Siti was busy talking about Bung Mukhtar.
Kak Siti: Eh, ni kawasan Bung Mukhtar kan? Mana rumah dia? Tak nampak pun. Tinah, cuba tengok kalau-kalau nampak dia.
Tinah: “-______-    *long silence* Kak, it doesn’t make any sense.
Kak Siti: Haaa..! Kau nampak sungai kat bawah tu? Situlah tempat si Bung Mukhtar main terjun-terjun sungai dengan kawan dia si Pandalela.
Tinah: HAHAHAHA…… *continue laughing* Tipuuuu…..!
 And it went on like that until we arrived at the house.


5
Bukit Garam.
It was almost Maghrib when we arrived. The place was very nice. Cantik dan tenang. We were very tired. Especially Pak Bong. He has been driving for 8 hours. Kesiannya..
Feeling warm and comfortable, we ate dinner and slept early. We practically have nothing to do and at 9 pm, all of us went to bed. BUT… I couldn’t sleep. As usual, my very weird mindset or maybe biological setting should I name it?? I just couldn’t sleep at a new place. I ended up watching Kak Siti sleeping and hearing her talking in sleep. I was frightened at first. I thought she was talking to me. But suddenly she was laughing after quite a long silence. Hahaha.. Kak..that was cute! (and scary too.mehehe)

6
Thank You Uncle Ridhuan and family =) A night spent at Bukit Garam was memorable.
I ate well, I rest well and I laughed a lot.

7
Dia telefon. Dia justify mengapa dia hilang selama 7 hari. Fair enough. “Terima kasih. Sekarang saya tahu di tahap mana saya sedang berdiri.”
Haha. Dramatik sungguh.

Oct 9, 2012

Reminiscing Sabah - Day One

Bismillahirrahmanirrahim..

1
Kaki kanan melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Alhamdulillah, it went well down there masa bagi boarding pass and what not. *I couldn't stop smiling when looking at the stewardess. They looked beautiful and they were super waaaaangi....*  Haha. Do not imagine unpleasant thoughts okay. I was just admiring how beautiful they were and..it was awesome to get the chance to like stare at them and ask questions and smile at them and ask for directions and..apa-apa jelah lagi. Well, we paid. They should give first class service.

Saat Inche Pilot beritahu ketinggian bas terbang di atas langit tidak bertiang, perut rasa kecut sekejap.
Subhanallah. Tingginya.
One thing that made me feel proud of myself was, I didn't feel dizzy or anything. Haha. So I can tell Abah that I am awesome sebab berjaya naik kapal terbang tanpa sebarang komplikasi.

2
I arrived a bit late at Kota Kinabalu due to the delay. So, my uncle, my aunt and Kak Siti were waiting for me outside for quite some time I think. Aduhai, kasihan. I saw Kak Siti and Mak Cik Nor once I came out from the..err..what do you call that place? Err...I dont know. But, it was after I passed the Immigration Counter. 
Feeling extremely HAPPY, because I landed safely and finally get the chance to step my feet on the land of Sabah, "Oh my, do tell me I am not dreaming!".

3
I was tired but my brain and my heart refused to shut down during our way back to Keningau. Hebatlah Pak Bong boleh drive malam-malam, lalu jalan pusing-pusing dan berkabus. Laju pulak tu. Awesome.
I just listened to Kak Siti and Pak Bong's conversation without having the effort to digest what they were discussing about. Right next to me, Mak Cik Nor was sleeping soundly.

4
Hai Sabah, Saya dah sampai.
Esok hari Dua. Cannot wait to explore.

Oct 8, 2012

Reminiscing Sabah-Leaving

1
It was a very long cuti raya for me. I have never felt that way before. I couldn't control myself from looking at the phone, b-e-r-u-l-a-n-g kali. Soo many times until my heart felt extremely tired. Adik told me to stay cool and let time decides. And that was exactly what Umi told me the night before. Cepatlah masa berlalu. Nak pergi Sabah!

2
Friday, 24th September.
Kak Siti called me early on Friday just to make sure that I don't forget. Haha. How can I forget? I was extremely excited to go to Sabah. And nervous too.
Abah was not really in a good mood that day. The atmosphere was just not right. I sent a text message to Adik, "Did I do anything wrong? Or Abah memang sedang tiada mood? I am scared. Petang ni nak bertolak dah. Macam mana ni dik?"
Adik replied: "Alaah..relax..Abah penat tu. Jangan fikir bukan-bukan."
Oh yes. I think, I should just keep quiet. Barangkali, Abah terlalu penat.
I was busy making sure that I am not the one who made Abah feel upset until I forgot to pack my bags! Oh my! I have like less than an hour to pack my baju and stuff. Disaster! Sempatkah mahu kejar masa?

3 
It's almost time. Abah drove reaaally fast. And, he couldn't stop complaining about my bad time management. Phew! Lega. At least I felt normal bila Abah bising macam tu. =D
Tak kisah lah lambat sikit yang penting Abah is Abah yang normal sekarang. I just couldn't stand the silence. When we reached the airport, I hugged Umi and left. Abah was the one who accompanied me and helped me with my bags. I couldn't stop the tears running down my cheeks. I hugged Abah. I was being so emotional at that time. In front of the police officer. In front of.. err.. so many people. Lantak ah. I said to Abah, "I am sorry." I just feel like saying that.
Terharu. Abah hugged me and said, "Take care. Jangan sedih-sedih."

4
Now I am alone at the departure hall. Well, not literally alone. With my bags and nervous little heart, I went to find the gate number. *Ah..merungut sorang-sorang ni yang tak best ni*
Abah was so worried. He called me for gazillion of times just to make sure that I am not LOST.
Haha...Alhamdulillah, it went very well. Walaupun flight delay for about an hour because of the bad weather condition. It was raining dekat Sabah. Gloomy. Seperti kondisi hati saat itu.

5
Yang telefon tadi adalah dia. Mimpi barangkali.

Weeee.....~ Awesome sungguh perasaan dapat naik kapal terbang. Saya seorang diri okay. Ulang suara. Seorang diri. Well, the other passengers were there of course. Tapi saya tiada teman. Cayalah!

Kak Siti was waiting for me at the other end. And I was ready to let my heart fly free. Free and away from everything. Dramatic aren't I? Lantak ah.

Sabah...! =D

Sep 24, 2012

But

Your voice is a soothing lullaby,
Your vibe is very calming,
Oh, you are such a wonderful creature!
But but but ...
in a world of buts
you are still,
and always will be,
not for me.

Kecewa tak?
Kecewa kan. 

Tidak mengapa. 
Allah kan ada untuk kita =)
Banyak lagi peluang dan rezeki lain. Bersabar dan berfikiran positif selalu ok?

Selamat mengundi rakyat UIAM sekalian =D
Fathi.


Sep 9, 2012

Awesome Sabah, Awesome People.

From left; Patima, Lovely Kak Siti Aisyah, Awesome Cik Nor.


Dear Lovely Kak Et, 

I am so excited to write this entry specially for you. I owe you one big time. Thank You soooooo much for giving me a lifetime opportunity. An opportunity which I have never imagined before. I was super duper excited when you mentioned about going to Sabah. Well, Akak tahu kan I will never get the opportunity to have a leisure vacation like that for FREE! Akan tetapi, Kak Et telah melaksanakan mimpi tersebut! Walaupun Tinah tak pernah daydream dapat tiket free pergi ke Sabah. 

Woot~ Woot~ Tinah dapat naik kapal terbang...! Hahah. Awesome lah. (Bunyi agak jakun disini. Tapi lantak ah)

THANK YOU Kak Et! Still rasa macam mimpi lagi. And I miss those lovely leisure calm and serene moments kat sana. Away from everything. Dan yang paling best, away from Semenanjung. Hahahaha. Oh, hebat juga Tinah sebab tak homesick masa kat sana. Heheh. Sebab schedule penuh dengan aktiviti gelak ketawa, mencuci mata dan menjamu minda.

Thank You Allah sebab Tinah dilahirkan dalam family yang best macam ni.

Kak, waktu Tinah tak boleh tidur malam kat sana, Tinah tak sedih pun. Sebab I enjoyed every second kat sana. Bila Tinah tak boleh tidur, I listened to your dengkuran dan igauan ngeri. heheh. Comel. Lepas tu I keep telling myself, "Tinah, kau baring sekarang bukan kat bumi Seremban. Tapi bumi Sabah. Negeri jauh gila." Hahahaha. Dan Tinah seronok perhatikan cara akak handle things kat sana, Truly, you are one of a kind. Sumber inspirasi Tinah sejak kecil lagi ^__^ 

Kat sana kak, setiap kali bila Tinah tengok langit, Tinah cakap kat diri sendiri, "Tinah, sekarang kita berbumbungkan langit Sabah." Haha. Terasa seperti sangat cool bila cakap macam tu dekat diri sendiri.

And...And...And... I love it the most when we pray Subuh secara berjemaah =') Indah perasaan tu kak. Hee.. Oh, dan tak lupa juga insiden Abang Kiki buat stunt time solat Maghrib. LOL. Abah pun gelak dengar cerita tu. Abang Kiki, anda cool la. haha.

Patima and Kak Kiah

Pak Bung sangat baik hati sebab bawak Tinah jalan-jalan sampai ke Lahad Datu. Dan, Tinah kutip pengalaman best kat sana. Memang pelajaran sepanjang hayat tu. Kesian Pak Bung penat drive kereta jauh-jauh. Huhu, Tinah terharu. Sangat-sangat =')
Pak Bong, you are awesome!

Patima and Pak Bong


Kesimpulannya, cuti Tinah di Sabah sangat awesome! =D
Oh, Tinah sangat suka perkataan awesome =P

Thank you kak et =) ALLAH saja yang dapat balas jasa kak et dan keluarga. 
I love you.

Hugs and kisses,
Patima, original from Keningau. Mehehe..

Sep 5, 2012

'Alone Time' is Almost Ending



Approximately, 24 days of semester break is almost ending.
And it means, 'Alone Time' is also ending.
When new semester starts, practically, no more 'Alone Time'.
Because, we'll be meeting new lecturers, our friends and...new assignments!
Well, I am missing all that actually.
Being busy handling time to finish all assignments.
That way, my time is filled with the right things.
Yes, I should be doing the right thing.
And ignore the not so right things that I have been worrying about lately.

I am all ready to face the new semester.
To break out from the cocoon that I've created during the semester break.
I learned a lot during my away time.
It has been a very valuable experience.
Truthfully.

I have so much to talk about and I shall fill my space here with all the interesting stories. Interesting for me, at least ^__^ and it will be lovely to keep on distracting myself. Shifting my attention to other interesting things around.

It feels good to know that the heart now has decided to let go.
Be strong baby! We can both do this together ^_^

Cuti yang awesome,
Fathi.


Aug 24, 2012

Kisah 1 - Uncle yang Awesome

Kisah 1

*Amir Diab nyanyi Enta-al-ghaly*

Fathi lari bergegas capai telefon atas katil. Tertera nama di atas skrin telefon, Ayah.

*Dalam hati bedebar. Ni kenapa pulak ni?*

Fathi: Helo, Assalamualaikum. Ayah... Selamat Hari Raya. hehe.

Ayah: Waalaikumussalam. Kakak. Selamat Hari Raya. Kakak kat mana ni? Bila nak datang rumah ayah? Ayah dengan ibu tunggu lama dah.

Fathi: Kakak kat rumah. hehe. Nak datang, tapi busy la ayah. Siang tadi Pak Long datang rumah. Pastu ada tetamu lagi. Ni kitorang tunggu Pak Man kata nak datang. Ayah nak cakap dengan Umi ke?

*Alahai pakcik aku yg sorang ni..adeh.*

Ayah: Pak Man ada kat rumah ayah ni. Datanglah. Boleh jugak cakap dgn Umi.

Fathi: Errk..tapi Umi solat. Nanti Umi dah sudah, kita telefon ayah okay? Assalamualaikum.

*Talian dimatikan*

Pergi ke depan, Umi masih bertelekung, sedang cakap telefon dgn Pak Man. Haha. Kisahnya, Pak Man dah kantoi dengan Ayah. Nak ke rumah kami tapi tak singgah rumah Ayah dulu. Kan dah kantoi. Takleh lari dah.
Kesimpulannya, kami disuruh bersiap untuk pergi beraya ke rumah Ayah.
Hahahahah. Kalau nak pergi ke rumah ibu ni yang berdebar ni. Haha. Gedik. Tak prepare mental lagi ni. Mesti nanti sampai rumah ayah, ayah cakap macam ni:
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dan....dan...hasilnya..

Yeah! Ayah sebut juga skrip yang dah ada dalam kepala tadi. LOL.
Sama pulak tu! 
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dengan bangganya, aku jawab:
"Bahagia la Ayah. Happy. Makan sedap."

Kesimpulannya:
Itu ayat penyata piawai. Terima sahaja dengan hati gembira =) Kalau orang tegur kita macam tu, maknanya, diorang perasan akan kehadiran kita. Dan tandanya mereka masih ambil berat. Hehe.

Aug 17, 2012

Habuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir setiap tahun, setiap kali Ramadhan, dua tiga hari lagi nak dekat Syawal, saya akan melawat hospital untuk dapatkan rawatan. Di malam hari, saat orang baru pulang dari solat terawih..saya di asthma bay, sedang dating dengan en.Nebulizer. Puncanya apa? Habuk.
Semangat sangat tolong Umi pasang langsir, sapu lantai, last2 paru-paru sendiri merana.

Tapi kan, kalau tak bantu? Siapa lagi yang nak bantu? Oh, rasa helpless. Masa-masa macam nilah kalau boleh nak sangat sihat dan normal macam orang lain. Nak paru-paru normal macam orang yang sihat. Baru boleh jadi hero bantu Umi buat macam-macam kerja.
Tapi, tak apalah. Selagi boleh prevent dari kena serangan Asthma, kita cuba! ^__^

Jadi, sekarang, no more sapu lantai.no more lap-lap habuk. Basuh pinggan pun jadilah. Tak ada habuk :)

Syukur sempat dapatkan rawatan sebelum teruk melarat. Kalau ikut kepala degil, tak raya la kawan.

I just realized, the Internet has become so amazing that we can easily get what info we want, anywhere, anytime. And the fact that we are now connected online 24/7, we can easily get updates.. SETIAP MASA. And that sometimes can actually torture you slowly inside.
Be yourself, and be proud of what you have.
Allah has a plan for us. Don't worry. Do what Allah loves and be happy with what you have.
Say Alhamdulillah and smile :)

Dapat nikmat sihat itu satu kesyukuran yang amat tinggi nilainya.

Yang mahu sihat,
Fathi.

Jauhi habuk, paru-paru sihat :P hehe.

Aug 11, 2012

Kata Mr.K, Itu Kebetulan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Kata Mr.K, mimpi tu mungkin cuma satu kebetulan.
atau permainan otak.
atau angan-angan yang super kuat.
atau, otak terlebih aktif.
atau, boleh jadi juga Allah nak bagi petunjuk.

Saya pilih, mimpi itu mungkin satu kebetulan.
Mohon Allah jauhkan rasa yang tak sepatutnya.

Fathi, jap lagi orang kata awak psycho nanti.
Haha. Sila sihatkan mental dan fizikal anda OK?

Rasa mahu terbang jauh. Jauh. Jauh..
Dan hidup dengan mencorak warna baru.
Di tempat asing yang punya aura nyaman.

Tak nak banyak-banyak,
Hanya mahu dekat dengan DIA.
Rasa selamat. Rasa tenang.

Ya Allah Ya Rahim.
Ampuni kami.

Fathi.


Aug 10, 2012

Alhamdulillah ^_^

Ada rasa nyaman.
Macam angin pagi yang mengada-ngada langgar pipi kita saat kita buka tingkap.
Sejuk. 
Rasa nak senyum.
Oh!
Saya tahu apa perasaan ni!!
^______^
"dah moved on....!"

aaaaa....seronoknya..!!
Ingat tak satu masa dulu, 
zaman pensil goncang
err...Pilot Shaker..tengah popular?
Kita semua ada keinginan yang sangat tinggi untuk guna pensil yang sama.
Ingat lagi tak? 
yang kita duk shake-shake nak bagi ubat pensil tu keluar?
ahaha..
Awesome-lah sangat kononnya.
wekk. Tak pun.. haha.
Time tu, semua pun berkobar-kobar nak beli.
Tapi mahal T___T

So, nak cakap pasal keinginan yang tinggi tu sebenarnya.
Pernah tak korang rasa nak sangat-sangat kat satu benda?
atau, korang nak sangat-sangat mimpi korang jadi kenyataan?
OK, bagus kalau ada rasa tu.
Tapi pernah jugak tak rasa perasaan tu kadang-kadang hilang macam tu je.
Tanpa kita sedari.

Contoh...dulu, super duper obses dengan lauk Sambal Ikan Keli.
Pergh.
Sedap....Agaknya kalau Umi masak lauk tu setiap hari pun tak bosan.
Dah minat la katakan..haha. setiap hari pun takpe tau.
Tapi, tak sedar bila, dan bagaimana, 
rasa minat-obses-suka kat lauk tu hilang macam tu je.
Sekarang dah jadi neutral.
Yes, NEUTRAL! That's the right word to describe that feeling.

Perasaan neutral itu adalah baik jika ia berlaku pada waktu yang sepatutnya.
I have made myself proud today.
Woot-woot!~
Bangun sahur tadi, rasa ngilu dalam hati tu dah tak ada.
Saya rasa neutral.
Saya rasa..saya dah boleh terima kenyataan.

Bahawa..saya takleh memiliki....


si dia..

namanya..




iPad.

HAHAHA.



Ya Allah Ya Quddus.
Thank you for the gift of my life today. Amin~

Nyaman, 
Fathi


Aug 3, 2012

One fine day

Learning starts when curiosity within us awakens.
-Dr. Fadila Grine


This room feels empty and not-friendly.
Often you will feel like you are alone.
Endure.
Bersangka baiklah walaupun mencabar.


First was the rejection part.
Now come the second painful fact.
Endure.
Hati harus dibesarkan ukur lilitnya.
Penat asyik berkecil hati.

Agar-agar dragon fruit.
Sedap.
Buat saya lupa kusut-masai dunia.
Saat alunan suara itu bergema,
hati  rasa tenang,
Allahuakbar.

You.
I miss you.
Lemme know when you are free.
we'll talk like there's no tomorrow.
Hee~


Seronok dapat rasa sakit rejection.
It hurts. Literally.
Otak tak sekufu dengan kata hati.
Haish. Penat nak kisah.

Berusaha!
21 lagi.
Esok pagi kita mulakan maraton.
Ketinggalan 5 bahagian,
esok catch up 5 lah.
OK?
Deal, biiznillah.

Super Random thoughts,
Fathi.

Jul 29, 2012

Caution!


Bismillahirrahmanirrahim.

How's your Ramadhan everyone? Hope everything goes well as being planned. I wanted at first to post this picture to dedicate it to the FOOD. All sorts of delicious, yummy and colorful food are outside there waiting to be grabbed and eaten by us. Just stop by at any Bazaar Ramadhan, tadaa! There you go. A whole line of 'Syurga Makanan'. Then, during iftar, we'll eat like there's no tomorrow. Not good people. Not good. So, yes, getting back to the 'dedicating this picture to the FOOD'. It is impossible for the FOOD to keep the distance from us. Kan? Ya la. Food mana tau apa-apa. It is actually ME, who couldn't resist when I see colorful and yummy food in front of me. If there's Bandung or Karipap, lagilah kuat dugaannya nak memujuk hati supaya jangan tergoda. Oh, seriously, I have to be strong for I might fall for you FOOD if I dont keep the distance between us.

p/s: Consequence for not observing what you eat might result in getting serious food poisoning.

Having said that, after looking at the picture once again, I was thinking about delivering this message to the Guys out there. Specifically, Muslim brothers. This very topic has been discussed by Lovely Kak Dilla in one of her posts. Indeed, her post was thoughtful.Very. Please, keep your distance from us. If you have the intention to take us as your legal soul mate, then, do it the right way. Please, do not play around with our feelings. Plus, it is wrong in the eyes of Allah.
To you, please..keep your distance.
I might fall for you because of your harmless flirt "T__T
Not knowing that you did that for the sake of 'brotherly love'.

O Allah, may You be the Only One in my heart.
Without Your love, I am a lost nobody in this cruel world.

Random thoughts.

With love, Fathi.
May Allah bless us all.

Jul 25, 2012

Kehilangan

Bogeng dah mati.
Bogeng dah tak ada.
Tak sempat tengok dia.
Tak boleh dengar dia mengiau lagi.

Bogeng dah mati.

Jul 21, 2012

Perihal Masa

Assalamualaikum,
Ramadhan Karim..

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, masih punya peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia tahun ni. Kata Mr.K, apabila kita rasa seperti masa cepat sangat berlalu, maknanya, masa yang kita lalui tu, tiada keberkatan. Kerana itulah rasa cepat sangat masa berlalu. Kalau nak diikutkan secara logiknya, mungkin juga betul begitu. Pernah juga rasa, kalau kita beribadah, rasa seperti masa bergerak perlahan.Tapi, pernah juga rasa seperti masa yang digunakan untuk beribadah tu seperti tidak cukup kerana punya tugasan dunia yang lain. Ah, dunia. Selalu saja buat penghuni bumi lalai dan leka.

Tapi, sekali lagi, tugasan dunia yang kita lakukan tu adalah antara tanggungjawab kita di dunia. Boleh saja kita mulakan setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan berniat kerana Allah.
Apa pekerjaan pun yang dilakukan akan menjadi satu ibadah bila kita niat kerana Allah.

Ramadhan datang lagi.
Rebutlah peluang untuk perbaiki diri.
Rindu terubat kini. 

Allah datangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita bila kita benar-benar mahukan perubahan.
Kerana hati pernah berkata-kata bahawa hati telah kecewa gara-gara cinta dunia,
Kini Allah datangkan peluang untuk merawat hati dengan mendekatkan diri kepada-NYA.

Ahlan ya Ramadhan.
Subhanallah.

Jul 15, 2012

Indahnya

Indahnya Nikmat Iman.
Indahnya Nikmat Islam.

Indahnya rasa bertuhan.
Selesanya perasaan bila mengetahui ada Allah yang Maha Penyayang.

Terima kasih Allah kerana Engkau hadirkan rasa untuk dekat kepada-Mu pada manusia yang sering alpa.

Berusaha kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu wahai Allah.
Engkaulah yang meringankan segala beban.
Engkau jualah yang memberikan kami peluang untuk berubah.
Indahnya rasa pabila dapat mengadu segala apa yang dirasai hati kepada-Mu Allah.

Indahnya pabila ada rasa kasih dan sayang di dalam hati terhadap saudara seagama.
Mengusir benci dan syak wasangka adalah payah jika tiada bantuan dari-Mu, Allah.

Berusaha kami untuk menghargai kehidupan yang Engkau berikan.
Tapi kami sering alpa, lalai dan leka.
Untung kami kerana punya Tuhan yang Maha Pengampun.
Ampuni kami kerana sering lalai.

Akan kami berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Mu wahai Allah.

Indahnya Nikmat Iman,
Indahnya Nikmat Islam.

Terkesima,
Fathi.




Jul 13, 2012

Adorable

Favim.com

Dia tersangkut di atas pokok.
Dahan pokok tak banyak.
Daun di dahan-dahan tersebut pun tak tumbuh banyak.

Dia bising, ketakutan barangkali.
Tak tahu macam mana nak turun dari pokok yang tinggi.

Dia warna Oren.
Kecil dan comel.
Pandai panjat pokok tapi tak pandai turun sendiri.

Kasihan.
Nasib ada yang perasan dia minta tolong dari atas pokok.

Haha. Comel.

Lain kali jangan panjat pokok tinggi-tinggi lagi dah.
Nanti tak pandai nak turun sendiri.

Angan-angan.
Pantas perkataan itu terlintas di minda.

Kata seorang kawan,
Kalau mahu membina impian, 
atau angan-angan,
atau cita-cita,
biar tinggi-tinggi.
Biar tinggi sampai ke langit pun tidak mengapa.
Sebab, kata dia, 
Kalau kita jatuh nanti pun, jatuh atas awan.


So, dare to dream big.

Bak kata teman sekuliah,
"If you want to dream, might as well dream big."
Kalau kecil sangat mimpi atau impian,
bimbang tiada usaha mahu mencorak hidup.

^__^


Bila rasa susah hati, tengok kucing comel jadi senang hati.
Ah. Comel sangat. Tak mampu nak ignore.

Jul 9, 2012

Girlfriends are AWESOME

Hello there.
^_^ 

Having lots of friends are awesome.
But,
Having only two or three or four BEST friends,
is plus plus awesome!
Even though the number is small,
but the attention is greater.
More happiness, less conflict.

Azlini, anda sangat Cool.
Suhailah, anda Macho!
Haha.
Seriously, I cannot stop laughing when they are around.
Creative beyond words.
Hari-hari bahagia, walaupun depressed masuk kelas Pocoyo.

Anda berdua awesome lah.

Next on the list:
Calm Mizah and Lively Shazna.
Heheh.
Making predictions on what's coming next is our main concern.
LOL.
Macam experts.

Tanpa mereka, dunia saya kelam.

Thank You ALLAH.
Thanks Google Image. Ini sangat comel.

M A L U

Mahu Invisibility Cloak,
atau kain hitam,
atau apa sahaja yang mampu selubung kepala.

Kalau boleh hilangkan diri saat dan ketika tu juga,
lama dah aku cabut lari.
Tak pun jadi halimunan sekejap.
Biar tak ada yang nampak aku di situ.

Argh. Tebal kulit muka rasanya.
Rasa darah semua naik menyerbu ke muka.
Rasa sesak nafas.
Jari semua jadi sejuk. Putih pucat.
Kepala dah tak boleh nak proses input.
Malu punya hal.

Macam ada lubang kosong dalam hati.
Bila angin lalu, rasa ngilu.
Malu.
Nak lari jauh-jauh.

Tak tahu nak diibaratkan macam mana dah rasa malu tu.
Oh, contohnya, kita suka dkt seseorang, dan kita perasan dia suka dkt kita juga.
Last2, kena reject dengan orang yang kita suka tu.
Adush.
Malunya.
Padan muka.
Bertepuk sebelah tangan tu namanya.

Ya Allah, malunya.


Yang nak sorokkan muka guna bantal,
Fathi.

Jul 8, 2012

July 8

Bismillahirrahmanirrahim

5 reasons why one should stay single:
(Only for Single-Not-Yet-Taken-Individuals)

1. The right time has not arrived. yet.
Tak perlu gusar. The right time will come. So, be cool. Calm. Allah dah rancang yang terbaik untuk anda. Cuma, masanya belum tiba lagi. Allah nak suruh anda lebihkan rasa cinta terhadap Allah dulu. Kemudian nanti adalah tu =] Kalau dah usaha tapi hasilnya belum ada lagi, tenang sahaja. The time will come. Jangan dipaksa-paksa. Let it come naturally ^__^

2. High likelihood of a broken heart.
Indeed this is true. When you are in a relationship, or..maybe when you are in the middle of finding your Mr. or Mrs. Right, there's a very high likelihood of a broken heart. We all know that. Oh, please..have some mercy for yourself. Sayangilah hati anda. Kesian hati anda, nanti sakit bila kecewa. Therefore, by staying single, there will be no broken hearts.  

3. Being Single is Awesome.
Awesome-ness is there when you're single =] so, be proud of yourselves. OK?

4. More Opportunities for You to Upgrade yourselves.
Upgrade iman, tambah pahala, get ready and be prepared for your future relationship nanti =] Gunakan peluang yang ada sementara masih bujang.

5. No Cry, No Tears, No Broken Hearts, No Phobias.
Simple. Tak akan ada hati yang akan kecewa. Tak akan ada rasa gundah-gulana. Tak akan ada rasa nak sepak katil atau pukul kerusi atau ketuk meja. Tak akan ada rasa fobia untuk bercinta lagi. Ahaha. ape-apelah yang sama dengan topik di atas ni. Freedom =D 

Mari perbaiki diri dan sentiasa berdoa mohon Allah berikan kita jodoh yang terbaik.

Pada yang sudah berpunya, tahniah Fathi ucapkan =] Mohon Allah pelihara hubungan anda semua hingga ke akhir hayat. Anda gembira, saya gembira =]
Tahniah kerana anda dan anda dan anda sudah ditemukan dgn pasangan yang baik. Barakallah.

Sekadar luahan pendapat ^__^  peace y'all!

Love,
Fathi.

Jul 7, 2012

Oh. Begitu.

Assalamualaikum.
Hari-hari pun asyik fikirkan perkara yang sama.

Sama. Hampir setiap kali.
Kalau semester lepas Fanatik Semantik,
Semester kali ni Comm App datang bertandang.

Tak sudah-sudah buat hari ribut.

Bukan itu sahaja.

Rejection. 
Ditolak.
Baru saja hati dan diri faham.
Baru lepas ditolak rupanya diri sendiri.
Terkadang, mahu tanya semua orang keliling,
nampak desperate sangatkah aku?

Buat malu diri sendiri je.
Orang dah tak sudi, tapi tak faham-faham lagi nak tarik diri.
"-___-  malunya la. mana nak letak muka ni.

Memanglah mereka itu spesis pemusnah alam.
Harmless flirt itu hobi mereka di waktu lapang.
Brotherly love itu alasan mereka untuk..err..meneruskan persahabatan?

Well, tak salah pun nak kawan.
Tapi tolong jangan buat orang keliru.
Let's draw a line.

Rejection in this world is actually nothing
If we compare it to..
Rejection in the Hereafter.
And yes..I keep on telling that to myself.
Lega rasanya.

Setakat manusia reject kita,
tak ada apalah.
Allah mampu ubah segalanya dalam sekelip mata.
sebab, "Hati kita Allah yang pegang."

Nak present depan kelas pun terketar-ketar kepala lutut.
Mohon Allah permudahkan urusan.
Mohon Allah berikan kefahaman.

Rasa clueless itu sangatlah tidak awesome.
Ibaratnya, beli iPad, pastu tak reti nak guna macam mana. =_= hampeh.

You want me to feel nothing.
I don't even feel anything.
You now get what you want.

End.

Jun 25, 2012

Bila pindah bilik..

Assalamualaikum

Semester ni pindah bilik. dan blok.
Bilik baru best. Tapi toilet baru tak best. Pelik ah design dia.
Di bilik baru, tak ada Permaisuri. Sunyi.
Baru ni la nak terasa sayu. Sebab sorang-sorang kat bilik.
Bukan tak ada roommate. Tapi perasaan dia lain.

Tapi kan..
Bilik Permaisuri sebelah bilik beta je. HAHA.
Bunyi macam Permaisuri nun jauh di sana je.

Takpelah.
Short semester.
I will survive.

Mohon Allah beri aku kekuatan.

Pelik ah perasaan kali ni.
Tak tahu apa yang pelik.

Kena investigate. Iyah!

Amazingly handsome, 
Fathi.

May 27, 2012

Road to Final Exam: Day 8

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya, sampai sudah hari ke-8.
Esok hari yang dinanti-nanti bakal tiba.
Jam 9 pagi, exam Semantics.
Kertas pertama, minggu pertama peperiksaan, untuk aku, hehe.

Semoga Allah memberkati segala usaha 
Semoga Allah permudahkan urusan kami..
Semoga Allah terangkan hati-hati kami..
Semoga Allah lapangkan fikiran kami.

Amin ya Rabb.

Oh, neves lah.

Usaha, tawakal, Doa.

Yang berdebar,
Fathi.