Aug 10, 2012

Alhamdulillah ^_^

Ada rasa nyaman.
Macam angin pagi yang mengada-ngada langgar pipi kita saat kita buka tingkap.
Sejuk
Rasa nak senyum.
Oh!
Saya tahu apa perasaan ni!!
^______^
"dah moved on....!"

aaaaa....seronoknya..!!
Ingat tak satu masa dulu, 
zaman pensil goncang
err...Pilot Shaker..tengah popular?
Kita semua ada keinginan yang sangat tinggi untuk guna pensil yang sama.
Ingat lagi tak? 
yang kita duk shake-shake nak bagi ubat pensil tu keluar?
ahaha..
Awesome-lah sangat kononnya.
wekk. Tak pun.. haha.
Time tu, semua pun berkobar-kobar nak beli.
Tapi mahal T___T

So, nak cakap pasal keinginan yang tinggi tu sebenarnya.
Pernah tak korang rasa nak sangat-sangat kat satu benda?
atau, korang nak sangat-sangat mimpi korang jadi kenyataan?
OK, bagus kalau ada rasa tu.
Tapi pernah jugak tak rasa perasaan tu kadang-kadang hilang macam tu je.
Tanpa kita sedari.

Contoh...dulu, super duper obses dengan lauk Sambal Ikan Keli.
Pergh.
Sedap....Agaknya kalau Umi masak lauk tu setiap hari pun tak bosan.
Dah minat la katakan..haha. setiap hari pun takpe tau.
Tapi, tak sedar bila, dan bagaimana, 
rasa minat-obses-suka kat lauk tu hilang macam tu je.
Sekarang dah jadi neutral.
Yes, NEUTRAL! That's the right word to describe that feeling.

Perasaan neutral itu adalah baik jika ia berlaku pada waktu yang sepatutnya.
I have made myself proud today.
Woot-woot!~
Bangun sahur tadi, rasa ngilu dalam hati tu dah tak ada.
Saya rasa neutral.
Saya rasa..saya dah boleh terima kenyataan.

Bahawa..saya takleh memiliki....


si dia..

namanya..




iPad.

HAHAHA.



Ya Allah Ya Quddus.
Thank you for the gift of my life today. Amin~

Nyaman, 
Fathi


No comments:

Post a Comment