Aug 24, 2012

Kisah 1 - Uncle yang Awesome

Kisah 1

*Amir Diab nyanyi Enta-al-ghaly*

Fathi lari bergegas capai telefon atas katil. Tertera nama di atas skrin telefon, Ayah.

*Dalam hati bedebar. Ni kenapa pulak ni?*

Fathi: Helo, Assalamualaikum. Ayah... Selamat Hari Raya. hehe.

Ayah: Waalaikumussalam. Kakak. Selamat Hari Raya. Kakak kat mana ni? Bila nak datang rumah ayah? Ayah dengan ibu tunggu lama dah.

Fathi: Kakak kat rumah. hehe. Nak datang, tapi busy la ayah. Siang tadi Pak Long datang rumah. Pastu ada tetamu lagi. Ni kitorang tunggu Pak Man kata nak datang. Ayah nak cakap dengan Umi ke?

*Alahai pakcik aku yg sorang ni..adeh.*

Ayah: Pak Man ada kat rumah ayah ni. Datanglah. Boleh jugak cakap dgn Umi.

Fathi: Errk..tapi Umi solat. Nanti Umi dah sudah, kita telefon ayah okay? Assalamualaikum.

*Talian dimatikan*

Pergi ke depan, Umi masih bertelekung, sedang cakap telefon dgn Pak Man. Haha. Kisahnya, Pak Man dah kantoi dengan Ayah. Nak ke rumah kami tapi tak singgah rumah Ayah dulu. Kan dah kantoi. Takleh lari dah.
Kesimpulannya, kami disuruh bersiap untuk pergi beraya ke rumah Ayah.
Hahahahah. Kalau nak pergi ke rumah ibu ni yang berdebar ni. Haha. Gedik. Tak prepare mental lagi ni. Mesti nanti sampai rumah ayah, ayah cakap macam ni:
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dan....dan...hasilnya..

Yeah! Ayah sebut juga skrip yang dah ada dalam kepala tadi. LOL.
Sama pulak tu! 
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dengan bangganya, aku jawab:
"Bahagia la Ayah. Happy. Makan sedap."

Kesimpulannya:
Itu ayat penyata piawai. Terima sahaja dengan hati gembira =) Kalau orang tegur kita macam tu, maknanya, diorang perasan akan kehadiran kita. Dan tandanya mereka masih ambil berat. Hehe.

No comments:

Post a Comment