Aug 24, 2012

Kisah 1 - Uncle yang Awesome

Kisah 1

*Amir Diab nyanyi Enta-al-ghaly*

Fathi lari bergegas capai telefon atas katil. Tertera nama di atas skrin telefon, Ayah.

*Dalam hati bedebar. Ni kenapa pulak ni?*

Fathi: Helo, Assalamualaikum. Ayah... Selamat Hari Raya. hehe.

Ayah: Waalaikumussalam. Kakak. Selamat Hari Raya. Kakak kat mana ni? Bila nak datang rumah ayah? Ayah dengan ibu tunggu lama dah.

Fathi: Kakak kat rumah. hehe. Nak datang, tapi busy la ayah. Siang tadi Pak Long datang rumah. Pastu ada tetamu lagi. Ni kitorang tunggu Pak Man kata nak datang. Ayah nak cakap dengan Umi ke?

*Alahai pakcik aku yg sorang ni..adeh.*

Ayah: Pak Man ada kat rumah ayah ni. Datanglah. Boleh jugak cakap dgn Umi.

Fathi: Errk..tapi Umi solat. Nanti Umi dah sudah, kita telefon ayah okay? Assalamualaikum.

*Talian dimatikan*

Pergi ke depan, Umi masih bertelekung, sedang cakap telefon dgn Pak Man. Haha. Kisahnya, Pak Man dah kantoi dengan Ayah. Nak ke rumah kami tapi tak singgah rumah Ayah dulu. Kan dah kantoi. Takleh lari dah.
Kesimpulannya, kami disuruh bersiap untuk pergi beraya ke rumah Ayah.
Hahahahah. Kalau nak pergi ke rumah ibu ni yang berdebar ni. Haha. Gedik. Tak prepare mental lagi ni. Mesti nanti sampai rumah ayah, ayah cakap macam ni:
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dan....dan...hasilnya..

Yeah! Ayah sebut juga skrip yang dah ada dalam kepala tadi. LOL.
Sama pulak tu! 
 "Ayah tengok Kakak dah gemuk sekarang."

Dengan bangganya, aku jawab:
"Bahagia la Ayah. Happy. Makan sedap."

Kesimpulannya:
Itu ayat penyata piawai. Terima sahaja dengan hati gembira =) Kalau orang tegur kita macam tu, maknanya, diorang perasan akan kehadiran kita. Dan tandanya mereka masih ambil berat. Hehe.

Aug 17, 2012

Habuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir setiap tahun, setiap kali Ramadhan, dua tiga hari lagi nak dekat Syawal, saya akan melawat hospital untuk dapatkan rawatan. Di malam hari, saat orang baru pulang dari solat terawih..saya di asthma bay, sedang dating dengan en.Nebulizer. Puncanya apa? Habuk.
Semangat sangat tolong Umi pasang langsir, sapu lantai, last2 paru-paru sendiri merana.

Tapi kan, kalau tak bantu? Siapa lagi yang nak bantu? Oh, rasa helpless. Masa-masa macam nilah kalau boleh nak sangat sihat dan normal macam orang lain. Nak paru-paru normal macam orang yang sihat. Baru boleh jadi hero bantu Umi buat macam-macam kerja.
Tapi, tak apalah. Selagi boleh prevent dari kena serangan Asthma, kita cuba! ^__^

Jadi, sekarang, no more sapu lantai.no more lap-lap habuk. Basuh pinggan pun jadilah. Tak ada habuk :)

Syukur sempat dapatkan rawatan sebelum teruk melarat. Kalau ikut kepala degil, tak raya la kawan.

I just realized, the Internet has become so amazing that we can easily get what info we want, anywhere, anytime. And the fact that we are now connected online 24/7, we can easily get updates.. SETIAP MASA. And that sometimes can actually torture you slowly inside.
Be yourself, and be proud of what you have.
Allah has a plan for us. Don't worry. Do what Allah loves and be happy with what you have.
Say Alhamdulillah and smile :)

Dapat nikmat sihat itu satu kesyukuran yang amat tinggi nilainya.

Yang mahu sihat,
Fathi.

Jauhi habuk, paru-paru sihat :P hehe.

Aug 11, 2012

Kata Mr.K, Itu Kebetulan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Kata Mr.K, mimpi tu mungkin cuma satu kebetulan.
atau permainan otak.
atau angan-angan yang super kuat.
atau, otak terlebih aktif.
atau, boleh jadi juga Allah nak bagi petunjuk.

Saya pilih, mimpi itu mungkin satu kebetulan.
Mohon Allah jauhkan rasa yang tak sepatutnya.

Fathi, jap lagi orang kata awak psycho nanti.
Haha. Sila sihatkan mental dan fizikal anda OK?

Rasa mahu terbang jauh. Jauh. Jauh..
Dan hidup dengan mencorak warna baru.
Di tempat asing yang punya aura nyaman.

Tak nak banyak-banyak,
Hanya mahu dekat dengan DIA.
Rasa selamat. Rasa tenang.

Ya Allah Ya Rahim.
Ampuni kami.

Fathi.


Aug 10, 2012

Alhamdulillah ^_^

Ada rasa nyaman.
Macam angin pagi yang mengada-ngada langgar pipi kita saat kita buka tingkap.
Sejuk. 
Rasa nak senyum.
Oh!
Saya tahu apa perasaan ni!!
^______^
"dah moved on....!"

aaaaa....seronoknya..!!
Ingat tak satu masa dulu, 
zaman pensil goncang
err...Pilot Shaker..tengah popular?
Kita semua ada keinginan yang sangat tinggi untuk guna pensil yang sama.
Ingat lagi tak? 
yang kita duk shake-shake nak bagi ubat pensil tu keluar?
ahaha..
Awesome-lah sangat kononnya.
wekk. Tak pun.. haha.
Time tu, semua pun berkobar-kobar nak beli.
Tapi mahal T___T

So, nak cakap pasal keinginan yang tinggi tu sebenarnya.
Pernah tak korang rasa nak sangat-sangat kat satu benda?
atau, korang nak sangat-sangat mimpi korang jadi kenyataan?
OK, bagus kalau ada rasa tu.
Tapi pernah jugak tak rasa perasaan tu kadang-kadang hilang macam tu je.
Tanpa kita sedari.

Contoh...dulu, super duper obses dengan lauk Sambal Ikan Keli.
Pergh.
Sedap....Agaknya kalau Umi masak lauk tu setiap hari pun tak bosan.
Dah minat la katakan..haha. setiap hari pun takpe tau.
Tapi, tak sedar bila, dan bagaimana, 
rasa minat-obses-suka kat lauk tu hilang macam tu je.
Sekarang dah jadi neutral.
Yes, NEUTRAL! That's the right word to describe that feeling.

Perasaan neutral itu adalah baik jika ia berlaku pada waktu yang sepatutnya.
I have made myself proud today.
Woot-woot!~
Bangun sahur tadi, rasa ngilu dalam hati tu dah tak ada.
Saya rasa neutral.
Saya rasa..saya dah boleh terima kenyataan.

Bahawa..saya takleh memiliki....


si dia..

namanya..




iPad.

HAHAHA.



Ya Allah Ya Quddus.
Thank you for the gift of my life today. Amin~

Nyaman, 
Fathi


Aug 3, 2012

One fine day

Learning starts when curiosity within us awakens.
-Dr. Fadila Grine


This room feels empty and not-friendly.
Often you will feel like you are alone.
Endure.
Bersangka baiklah walaupun mencabar.


First was the rejection part.
Now come the second painful fact.
Endure.
Hati harus dibesarkan ukur lilitnya.
Penat asyik berkecil hati.

Agar-agar dragon fruit.
Sedap.
Buat saya lupa kusut-masai dunia.
Saat alunan suara itu bergema,
hati  rasa tenang,
Allahuakbar.

You.
I miss you.
Lemme know when you are free.
we'll talk like there's no tomorrow.
Hee~


Seronok dapat rasa sakit rejection.
It hurts. Literally.
Otak tak sekufu dengan kata hati.
Haish. Penat nak kisah.

Berusaha!
21 lagi.
Esok pagi kita mulakan maraton.
Ketinggalan 5 bahagian,
esok catch up 5 lah.
OK?
Deal, biiznillah.

Super Random thoughts,
Fathi.