Apr 4, 2012

Jodoh dan Rezeki

Assalamualaikum..
Ehem. Cubaan, Satu, Dua, Tiga.

Baiklah, hari ni, nak bercerita sikit soal jodoh dan rezeki. Tapi, bukan jodoh yang nak kahwin sehidup semati tu tau. Ini nak cerita tentang jodoh lain.

Cerita Satu.

Pagi tadi ada janji nak jumpa dengan kakak senior yang sekelas Semantics dengan Fathi. Ada urusan jual beli sikit. Hajat di hati nak jual homemade chocolate yang Umi buat. Jadi, Kak Jay adalah pelanggan pertama Fathi untuk hari ini. Ini rezeki namanya ^_^ pagi-pagi dah ada pelanggan. Hehe. Semalam kami janji nak jumpa di Evoke, tempat makan terkenal di kampus. Haha. Tapi, Fathi ada destinasi lain yang wajib disinggah sebelum pergi ke Evoke iaitu, perpustakaan. Kecemasan sangat dah ni. Wajib juga pergi perpustakaan. Perpustakaan dengan Evoke jauh pulak jaraknya. Nak dijadikan cerita, Fathi SMS Kak Jay, tanya beliau, jadi ke kami nak jumpa di Evoke dan di mana. Nak jugak tengok masa, sempat atau tidak nak bergegas. 

Fathi: Kak Jay, kita nak jumpa di mana nanti?

Kak Jay: Akak ada dekat library ni sekarang. Jumpa depan library lah, OK?

Fathi: Wah! Kita ada jodoh ni Kak Jay. I am inside the library. Jumpa kat luar ye.

Senyum pun melebarlah di wajah Fathi. Tak perlu jalan jauh-jauh sampai ke Evoke. Yay! Inilah namanya rezeki awal pagi. Allah permudahkan urusan Fathi hari ni. Alhamdulillah..

Macam kebetulan kan? Manis betul kebetulan ni.

Cerita Dua.

Ceritanya, sejak pagi tadi juga, asyik teringatkan seorang kakak senior yang dah lama sangat tak dengar khabar beritanya. Dalam hati asyik sebut-sebut nama dia. Secara tidak sedar. Teringat tiba-tiba. Alaa…korang tak pernah ada pengalaman macam ni ke? Teringat dekat siapa-siapa secara tiba-tiba. Ah. Banyak pulak ulang perkataan tiba-tiba. Tapi, bila masuk kelas Romantic Victorian pagi tadi, terus tak ingat Kak Ainur lagi dah. Puncanya apa? Sebab kena baca sajak la pulak dekat depan kelas. Terus nervous tahap tak ingat dah. Habis je kelas Romantic Victorian, terus bergegas pulang ke hostel. Dan…nak dijadikan cerita…dalam perjalanan pulang tu, tiba-tiba Fathi terserempak dengan Kak Ainur! Beliau baru habis kelas jugak. Baru keluar dari pintu kelas. Fathi nampak beliau, terus peluk beliau di tengah-tengah laluan orang ramai. Ahahaha.. INI JODOH DAN REZEKI! Allah makbulkan permintaan Fathi nak berjumpa dengan Kak Ainur. Baru je sebut-sebut nama beliau tadi pagi.

Kesimpulannya..Allah itu Maha Pemurah. Murahnya rezeki Fathi hari ni. Alhamdulillah. Seronok rasanya. Dapat juga ubatkan fizikal yang kurang sihat ni. At least, psychologically lah kan. Hehe.

Will it be the same for my mission to find my other half? And my mission to complete my uncompleted dreams?

I shall stop looking for my other half (tak nak obses mencari lagi dah), work hard and let Allah do the rest. Hehe. Berusaha nak jadi yang terbaik je lah. Allah pasti ada ganjaran untuk kita nanti. Menarik.

When you smile, my heart melts.
Senyum rajin-rajin ye. Jumpa lagi.