![]() |
| Thanks Google Image. Ini sangat comel. |
M A L U
Mahu Invisibility Cloak,
atau kain hitam,
atau apa sahaja yang mampu selubung kepala.
Kalau boleh hilangkan diri saat dan ketika tu juga,
lama dah aku cabut lari.
Tak pun jadi halimunan sekejap.
Biar tak ada yang nampak aku di situ.
Argh. Tebal kulit muka rasanya.
Rasa darah semua naik menyerbu ke muka.
Rasa sesak nafas.
Jari semua jadi sejuk. Putih pucat.
Kepala dah tak boleh nak proses input.
Malu punya hal.
Macam ada lubang kosong dalam hati.
Bila angin lalu, rasa ngilu.
Malu.
Nak lari jauh-jauh.
Tak tahu nak diibaratkan macam mana dah rasa malu tu.
Oh, contohnya, kita suka dkt seseorang, dan kita perasan dia suka dkt kita juga.
Last2, kena reject dengan orang yang kita suka tu.
Adush.
Malunya.
Padan muka.
Bertepuk sebelah tangan tu namanya.
Ya Allah, malunya.
Yang nak sorokkan muka guna bantal,
Fathi.

No comments:
Post a Comment