![]() |
| Favim.com Dia tersangkut di atas pokok. Dahan pokok tak banyak. Daun di dahan-dahan tersebut pun tak tumbuh banyak. Dia bising, ketakutan barangkali. Tak tahu macam mana nak turun dari pokok yang tinggi. Dia warna Oren. Kecil dan comel. Pandai panjat pokok tapi tak pandai turun sendiri. Kasihan. Nasib ada yang perasan dia minta tolong dari atas pokok. Haha. Comel. Lain kali jangan panjat pokok tinggi-tinggi lagi dah. Nanti tak pandai nak turun sendiri. Angan-angan. Pantas perkataan itu terlintas di minda. Kata seorang kawan, Kalau mahu membina impian, atau angan-angan, atau cita-cita, biar tinggi-tinggi. Biar tinggi sampai ke langit pun tidak mengapa. Sebab, kata dia, Kalau kita jatuh nanti pun, jatuh atas awan. So, dare to dream big. Bak kata teman sekuliah, "If you want to dream, might as well dream big." Kalau kecil sangat mimpi atau impian, bimbang tiada usaha mahu mencorak hidup. ^__^
Bila rasa susah hati, tengok kucing comel jadi senang hati.
Ah. Comel sangat. Tak mampu nak ignore.
|
Jul 13, 2012
Adorable
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment