Assalamualaikum,
Ramadhan Karim..
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, masih punya peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia tahun ni. Kata Mr.K, apabila kita rasa seperti masa cepat sangat berlalu, maknanya, masa yang kita lalui tu, tiada keberkatan. Kerana itulah rasa cepat sangat masa berlalu. Kalau nak diikutkan secara logiknya, mungkin juga betul begitu. Pernah juga rasa, kalau kita beribadah, rasa seperti masa bergerak perlahan.Tapi, pernah juga rasa seperti masa yang digunakan untuk beribadah tu seperti tidak cukup kerana punya tugasan dunia yang lain. Ah, dunia. Selalu saja buat penghuni bumi lalai dan leka.
Tapi, sekali lagi, tugasan dunia yang kita lakukan tu adalah antara tanggungjawab kita di dunia. Boleh saja kita mulakan setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan berniat kerana Allah.
Apa pekerjaan pun yang dilakukan akan menjadi satu ibadah bila kita niat kerana Allah.
Ramadhan datang lagi.
Rebutlah peluang untuk perbaiki diri.
Rindu terubat kini.
Allah datangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita bila kita benar-benar mahukan perubahan.
Kerana hati pernah berkata-kata bahawa hati telah kecewa gara-gara cinta dunia,
Kini Allah datangkan peluang untuk merawat hati dengan mendekatkan diri kepada-NYA.
Ahlan ya Ramadhan.
Subhanallah.
No comments:
Post a Comment