Sudah 27 hari umur si anak kucing.
Buat pertama kali, saya telah menjadi kitten-sitter dengan jayanya.
Tahniah Tinaaah!
Setiap hari dapat tengok perkembangan tumbesaran anak kucing tersebut. Ha-Ha.
5 hari pertama, mata kucing tu terbuka.
Wah. Dia dah boleh lihat dunia.
Bagus.
Selepas seminggu, telinga dia pulak terbukak.
Hah. Serius, sebelum tu, telinga dia tertutup.
Minggu kedua, dah pandai test kekuatan kaki.
Jalan terkedek-kedek, bontot ke atas, tangan dan kaki menggigil tidak stabil.
Muka teramatlah innocent. Dah pandai buat muka comel. Huh. Menyampah. Saje buat orang tergoda.
Bila dia dah mula berjalan, semua tempat pun nak teroka.
Walaupun agak lambat pergerakan si kecik tu, digagahkan juga.
Semangat tinggi dan kental. Ahahaha..
Suara semakin kuat dan dah pandai outa.
Akhir minggu kedua, dia dah pandai nak keluar kotak.
Dari luar, boleh nampak tangan dia yang kecik tu dihulur-hulur keluar.
Ingatkan dia tak sampai nak keluar. Maklumlah, dalam sangkaan, dia kecik. Kaki pun tak kuat lagi. Mesti takleh melompat punya.
Tapi, ternyata sangkaan beta salah.
Sedang beta duduk-duduk baca buku, tiba-tiba ada bunyi benda jatuh.
Rupa-rupanya si kecik dah berjaya keluar dari kotak. Dan landing dengan selamat di atas lantai. Muka puas teramat dapat lihat dunia luar kotak. Ha-ha. Hoih. Saya cakap tahniah kat dia dan terus adukan insiden tersebut kepada pihak atasan.
Pihak atasan telah pun memberi kata putus. Dah sampai waktunya, dia dimasukkan ke dalam sangkar. Heheh. Dan pada awal minggu ketiga, si kecik berpindah rumah.
Maju sikit. Daripada kotak ke sangkar. Ekeke.
Minggu ketiga memang sangat menarik. Dia dah mula beri respon terhadap bunyi-bunyian. Dalam erti kata lain, lebih peka.
Dah pandai main, lompat, cakar, gigit. Haha. Saya bahagia.
Tengok anak kucing jagaan membesar dengan sihat.
Memang susu ibu banyak khasiatlah. Haha. Dalam kes ni, susu ibu kucing la.
Dia sangatlah comel. Macam mak dia.
Puan Besar panggil dia Manja. Haha.. mengadenye engkau kena panggil manja ye.
Meh sini nak panggil dia, Demang Junior.
3 hari lagi, genaplah sebulan umur Demang Jr.
Woot-woot! Kau dah besar!! :D
Ramadhan Kareem..
Saya bahagia.
Moga ALLAH berkati kita semua, Amin.
No comments:
Post a Comment