Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Permohonan untuk Pinjaman Pelajaran MARA sekarang dah dibuka. Hence, the reason kenapa tak dapat update. Saya ada terlalu banyak kisah suram dan cerita yang kurang gembira bila bercerita tentang permohonan atas talian atau apa-apa yang berkaitan dengan permohonan yang melibatkan begitu banyak prosedur. Be it MyBrain, PTPTN, UPU....dan yang sekumpulan dengan semua yang disebutkan.
Tapi, sejujurnya, saya rasa, bukan rezeki saya sebenarnya. Asyik terlepas tarikh..tersalah key in maklumat..dan sebagainya T_T
4 Februrari 2014 haritu, MARA dah buka talian untuk permohonan pinjaman. Alhamdulillah lepas isi borang di website Eduloan MARA, status permohonan dapat tahu serta-merta. Right after dah siap isi borang pastu submit secara online, semua pun siap. Tiada peluh kecil atau peluh besar walaupun suasana semasa isi borang amatlah tensi.
Kiranya macam ni.
STEP 1 - Buka link Eduloan Mara. Then daftar untuk pengguna baru. For those yang baru nak apply. Ada untuk Ijazah Pertama/ Diploma (Yang ni mainly hanya untuk pelajar yang belajar dekat kolej swasta). Dan ada untuk student Master.
STEP 2 - Lepas dah siap daftar, MARA akan beritahu, anda boleh login dengan menggunakan Nombor IC sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan. Nanti kemudian, ini boleh diubah =) Jangan risau.
STEP 3 - Login guna nombor IC macam yg MARA suruh, lepastu..Isi semua borang secara online..Maklumat Pengajian, Personal Details and whatnot, pastu Submit Permohonan. Then tunggu result dari MARA.
STEP 4 - Bila MARA dah release status permohonan, baru korang boleh proceed dengan mengambil tandatangan pengesahan pihak universiti dan mengisi borang-borang perjanjian =)
STEP 5 - Bila dah siap semuanya, bolehlah matikan setem hasil dekat borang perjanjian (which needs to be done at LHDN. and make sure beli setem hasil dulu eh) dan hantar borang dekat pejabat MARA.
Setakat ini, itulah proses yang telah saya lalui. maksimum tempoh yang diberi untuk complete-kan semua step diatas ialah 2 minggu.
Akan tetapi, setelah saya, Umi dan Abah berpenat-lelah, risau, panik dan sebagainya dalam usaha untuk siapkan semua borang2 dan dokumen yang diminta, sekarang masih stuck lagi.
Allah. Ada masalah dengan akaun bank pulakss.. -_- Penat taaauu....Penaat... Huaaaa..Dah betul dah semua, apa lagi yang tidak tepat wahai MARA.
Demi mendapatkan bantuan kewangan, i just have to endure this. sikit je lagi in sha Allah. sikit je lagi... almost there.. kejap je lagi.. sabar sikit je lagi...
Semoga Allah permudahkan urusan saya. Doakan ye... ^_^ heee. Terima Kasih..semoga Allah memberkati anda anda dan anda semua.
Tan Sri, how I wish for this to become a reality.
Jomlah kita mohon pinjaman MARA!
Farewell!
eduloan mara ni untuk pelajar kolej swasta je ke or macam mana? and apa criteria dia?
ReplyDeleteFiee :) eduloan Mara ni untuk pelajar kolej swasta dan IPTA. Mara ada bagi senarai IPTA dan IPTS yang boleh mohon kalau tak silap saya. Boleh check dekat laman web Mara. Ada senarai kelayakan yang perlu ada untuk mohon pinjaman :)
ReplyDelete