Jul 7, 2012

Oh. Begitu.

Assalamualaikum.
Hari-hari pun asyik fikirkan perkara yang sama.

Sama. Hampir setiap kali.
Kalau semester lepas Fanatik Semantik,
Semester kali ni Comm App datang bertandang.

Tak sudah-sudah buat hari ribut.

Bukan itu sahaja.

Rejection. 
Ditolak.
Baru saja hati dan diri faham.
Baru lepas ditolak rupanya diri sendiri.
Terkadang, mahu tanya semua orang keliling,
nampak desperate sangatkah aku?

Buat malu diri sendiri je.
Orang dah tak sudi, tapi tak faham-faham lagi nak tarik diri.
"-___-  malunya la. mana nak letak muka ni.

Memanglah mereka itu spesis pemusnah alam.
Harmless flirt itu hobi mereka di waktu lapang.
Brotherly love itu alasan mereka untuk..err..meneruskan persahabatan?

Well, tak salah pun nak kawan.
Tapi tolong jangan buat orang keliru.
Let's draw a line.

Rejection in this world is actually nothing
If we compare it to..
Rejection in the Hereafter.
And yes..I keep on telling that to myself.
Lega rasanya.

Setakat manusia reject kita,
tak ada apalah.
Allah mampu ubah segalanya dalam sekelip mata.
sebab, "Hati kita Allah yang pegang."

Nak present depan kelas pun terketar-ketar kepala lutut.
Mohon Allah permudahkan urusan.
Mohon Allah berikan kefahaman.

Rasa clueless itu sangatlah tidak awesome.
Ibaratnya, beli iPad, pastu tak reti nak guna macam mana. =_= hampeh.

You want me to feel nothing.
I don't even feel anything.
You now get what you want.

End.

Jun 25, 2012

Bila pindah bilik..

Assalamualaikum

Semester ni pindah bilik. dan blok.
Bilik baru best. Tapi toilet baru tak best. Pelik ah design dia.
Di bilik baru, tak ada Permaisuri. Sunyi.
Baru ni la nak terasa sayu. Sebab sorang-sorang kat bilik.
Bukan tak ada roommate. Tapi perasaan dia lain.

Tapi kan..
Bilik Permaisuri sebelah bilik beta je. HAHA.
Bunyi macam Permaisuri nun jauh di sana je.

Takpelah.
Short semester.
I will survive.

Mohon Allah beri aku kekuatan.

Pelik ah perasaan kali ni.
Tak tahu apa yang pelik.

Kena investigate. Iyah!

Amazingly handsome, 
Fathi.

May 27, 2012

Road to Final Exam: Day 8

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya, sampai sudah hari ke-8.
Esok hari yang dinanti-nanti bakal tiba.
Jam 9 pagi, exam Semantics.
Kertas pertama, minggu pertama peperiksaan, untuk aku, hehe.

Semoga Allah memberkati segala usaha 
Semoga Allah permudahkan urusan kami..
Semoga Allah terangkan hati-hati kami..
Semoga Allah lapangkan fikiran kami.

Amin ya Rabb.

Oh, neves lah.

Usaha, tawakal, Doa.

Yang berdebar,
Fathi.

Road to Final Exam: Day 7

Jittery feeling is creeping in.
Like cold air passing through an empty chest.
Pounding, beating..fast.
After Monday, everything will get back to normal.

Normal itu diperlukan.
Baru rasa tenang sedikit.
Sekarang abnormal semuanya.
Boleh dengar degup jantung sendiri.
Menakutkan.

Oh Allah, please ease the path..Amin.

May 26, 2012

Cuti Sekolah Budak Sekolah

Yeah! Cuti Sekolah!
Cuti sekolah itu merupakan aktiviti tahunan yang sangat menggembirakan.
Bergembiralah para pelajar sekolah semua.
Yeah! Best ah korang cuti.

To beloved adik-adik,
Selamat bercuti. Selamat bermanja-manja dengan Umi Abah di rumah. Selamat main kejar-kejar dengan kucing-kucing di rumah. Selamat siapkan koleksi kerja rumah yang cikgu bekalkan.. ahahaha.. Selamatlah semuanya ya ^______^  

Aku jeles. Sikit.
Sebab diorang cuti..kitorang exam. Final exam pulak tu.
Tapi takpe lah. Jap lagi kitorang pulak cuti. Hahaha. Korang kena pergi sekolah balik.

Kenduri dan cuti sekolah. Akrab sungguh hubungan mereka.
Asalkan cuti sekolah je, kenduri berderet-deret.
Selamat bekenduri-kendara kepada mereka yang terlibat.
Selamat bergembira.. time kenduri macam nilah time nak tambah pahala banyak. Tolong orang, senyum dekat orang. Gembirakan hati kanak-kanak. Bahagiakan hati mak ayah. Gaduh dengan adik-beradik..err..yang ni tak pasti dapat pahala ke tak :P Time kenduri juga adalah peluang best untuk gembirakan perut anda..makan..makan..! Dan..kenduri juga adalah waktu untuk anda melawa..mekap-mekap,merlap-merlip. Bhahaha. Dan kenduri juga adalah..time untuk cari calon pasangan hidup? Barangkali. Hahaha. Ini idea kakak2 dan abang2 sepupu kami. Sambil menyelam minum air bak kata orang tetua dulu. For me, kenduri adalah waktu untuk menikmati makanan! Oh.Awesome-nya kenduri…banyak makanan….uuuuu~~

Mr.K..kenapa lah kau tetiba muncul dalam awan daydream aku nih. Semak.

Ehem.Ehem. Tetiba nak buat pengumuman sikit for a friend yang sedang bertungkus-lumus menjadi orang kuat membantu orang keliling beliau. Heheh.

Ke hadapan Inche Rosyamnor Tiruan,
Selamat berkenduri. Selamat meletihkan diri sendiri. Selamat pakai baju melayu warna pink. Ahaha. Selamat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sambil-sambil time kenduri tu (Ini kalau sempat la kan)..Selamat mencari gadis yang bakal menepati citarasa anda dan semoga berjumpa dengan gadis yang mampu membuat hati anda jatuh (err..ini versi panjang definisi jatuh cinta. Ekeke.) Selamat berehat selepas penat membantu. Minum air banyak-banyak. Makan kenyang-kenyang. Senyum manis-manis. Semoga Allah berkati perjalanan majlis.
May the force be with you.

Teringin nak pergi kenduri kawin best friend sendiri. Haha. Mesti awesome.

Yang hensem terlebih,
Fathi.

May 25, 2012

Road to Final Exam: Day 6

Assalamualaikum..
Hi nerd girls and oblivious guys out there.. Haha.

Hari ini kira dah hari ke-6 sebelum paper pertama mula. Semalam hari kelima tapi entri untuk Day 5 telah di-post-kan pada awal waktu hari ke-6. Faham ke apa isi utama ayat sebelum ni? Haha.. Lantak ah. Tak faham pun takpe. Tak masuk exam pun.

Baik, hari ini answer draft untuk Semantics harus disiapkan. Sepatutnya pagi tadi kena pergi consult dengan kakak cantik. Tetapi malangnya..malangnya..tak sihat la siang tadi. Hidung berdarah minta perhatian. Ugh. (Hish! Rugi je tak dapat jumpa kakak cantik hari ni..kau hidung, memang rosakkan peluang keemasan betul)

Macam ada gam gajah dekat katil hari ni. Serius ni. Takleh nak bangun. Mata dah terbuka luas. Tapi jasad masih berdegil mahu terlantar malas di atas katil. Dengan muka pasrah, lubang hidung disumbat dengan tisu, mata melilau. Sekejap tengok meja studi. Sekejap tenung nota Semantik dari jauh. Sekejap tengok kipas yang sedang berputar laju. Sekejap pejam mata. Sekejap tengok jam di telefon bimbit. Rasa serba tak kena.
Kepala pun macam kipas yang sedang berpusing tu. Pening. Sebab hidung berdarah barangkali? Eeeww…

Okeh. Nanti malam ni mahu dating dengan nota-nota Romantic Victorian pula. Yeah!
We can do this people! Senyum senyum senyum  ^________^

Kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, setiap kali dapat bangun pagi, terasa indah =) Alhamdulillah.

Ini skrip yang diulang di dalam kepala sejak pagi tadi:
“Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun tidak mengapa.”
“Kalau berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, tidak mengapa, Allah nak uji kita tu.”
“Kalau suka, baguslah. Kalau tak suka pun tak apa. Perasaan tu bukan boleh dipaksa-paksa.”

Rasa nak beli choki-choki.Beli banyak-banyak dan ajak kawan-kawan makan. Hahaha.

Yang sayang Cik Permaisuri, Manisha dan Rumet beliau @ Rasya,
Fathi.

Road to Final Exam: Day 5 –Sesi Membebel

Assalamualaikum.
Today is the 5th day and Semantics is still stubborn not letting me go.
Fine, Language Users are creative huh?
Okay, let’s do this one exercise. Muntahkan apa yang anda tahu.
What I have been reading so far are mainly the explanation and arguments on WHY English Grammar is making our life miserable.

My brain is...


Basically, there are two sets of theory from the Functionalists and the Syntacticians on how to study language. So…Syntactic people are all proud and kecoh pasal rules. Language is all about abiding the rules. And as we know, to follow the rules is the most difficult task to be accomplished.
Memanglah, cuba tengok. Senang ke nak menulis dengan flawless grammar or..or..flawless English?  Kalau native speakers of English bolehlah. Even so, native speakers pun banyak rosakkan grammar. Haha. Err..my writing pun has a lot of grammatical errors.  Tak kisah lah kan. Ini free-flow-writing-exercise. Syntactic people kecoh-kecoh cakap that we have to exactly follow the rules given and they believe in the SENTENCE-BASED THEORY. Dalam that very theory, it looks at how phrases are structured and also they look at the compositional view of meaning.
Now, what on earth does that mean? Well. Itulah. That is what we have to explain with full illustrations in final exam nanti.

I heard many of my classmates are doing good in Semantics. Tapi kenapa macam aku seorang diri je yang rasa macam Semantics ni super alien? Berapa hari dah bertapa menghadap Semantics. Fahamnya baru berapa peratus.

*Tadah tangan sambil berdoa.. Mohon Allah permudahkan jalan.*

On the other hand, the Functionalists (aku suka mereka ni), they saw that rules are overpowering the language. Yelah. Mana tak nya. Cuba pergi check buku grammar berapa tebal? Tebal nak mampus siap ada table-table yang mungkin korang forever takkan faham pun apa fungsinya. So again, later on kita nampak rules are overpowering the language. Rules dah jadi MONSTER. So, perlu ada orang yang akan break the tradition or the rules. Jadi, mari kita lihat siapa hero yang bawa idea baru untuk musnahkan tradisi tersebut. Saussure is one of the linguists who break the traditional rule. Kerana dia kata, language adalah creative sepatutnya. They believe in SIGN-BASED THEORY.

Mehehehe…so sekarang, RULES versus MEANINGS.

Cuba korang explain kenapa dalam surat khabar bahasa Mat Salleh tu tulis berita pasal Chelsea macam ni: “Chelsea are a strong team”.
Bukan ke Chelsea tu singular? Kenapa guna are pulak? Hah. Explain cepat.
So, Syntactic people akan kata, itu adalah Exception. Simply because they are too lazy to explain why. Or maybe they do not even know why. Kan dah terikat dengan rules. So, that’s why lah. Haha.
But, the Functionalists kata, there must be an explanation as to why ‘are’ is being used. Maybe, di dalam context ayat tersebut, Chelsea is considered as something which includes everything: the coach, players, managers ke, strategies and set up ke, and what not.

Jadi..begitulah. Ini hasil bertapa dengan Semantics beberapa hari ni.
Tapi still tak cukup lagi sebab I still don’t know how to elaborate the points with proper illustrations.

Tensi.
Nak makan nasik.

Selamat Malam Dunia yang fana.

Yang Gila Semantik,
Fathi.