Assalamualaikum..
Hi nerd girls and oblivious guys
out there.. Haha.
Hari ini kira dah hari ke-6
sebelum paper pertama mula. Semalam hari kelima tapi entri untuk Day 5 telah
di-post-kan pada awal waktu hari ke-6. Faham ke apa isi utama ayat sebelum ni?
Haha.. Lantak ah. Tak faham pun takpe. Tak masuk exam pun.
Baik, hari ini answer draft untuk
Semantics harus disiapkan. Sepatutnya pagi tadi kena pergi consult dengan kakak
cantik. Tetapi malangnya..malangnya..tak sihat la siang tadi. Hidung berdarah
minta perhatian. Ugh. (Hish! Rugi je tak dapat jumpa kakak cantik hari ni..kau
hidung, memang rosakkan peluang keemasan betul)
Macam ada gam gajah dekat katil
hari ni. Serius ni. Takleh nak bangun. Mata dah terbuka luas. Tapi jasad masih
berdegil mahu terlantar malas di atas katil. Dengan muka pasrah, lubang hidung
disumbat dengan tisu, mata melilau. Sekejap tengok meja studi. Sekejap tenung
nota Semantik dari jauh. Sekejap tengok kipas yang sedang berputar laju.
Sekejap pejam mata. Sekejap tengok jam di telefon bimbit. Rasa serba tak kena.
Kepala pun macam kipas yang
sedang berpusing tu. Pening. Sebab hidung berdarah barangkali? Eeeww…
Okeh. Nanti malam ni mahu dating
dengan nota-nota Romantic Victorian pula. Yeah!
We can do this people! Senyum
senyum senyum ^________^
Kerana Allah itu Maha Pengasih
dan Penyayang, setiap kali dapat bangun pagi, terasa indah =) Alhamdulillah.
Ini skrip yang diulang di dalam
kepala sejak pagi tadi:
“Kalau dapat, Alhamdulillah.
Kalau tak dapat pun tidak mengapa.”
“Kalau berjaya, Alhamdulillah.
Kalau gagal, tidak mengapa, Allah nak uji kita tu.”
“Kalau suka, baguslah. Kalau tak
suka pun tak apa. Perasaan tu bukan boleh dipaksa-paksa.”
Rasa nak beli choki-choki.Beli banyak-banyak dan ajak kawan-kawan makan. Hahaha.
Yang sayang Cik Permaisuri,
Manisha dan Rumet beliau @ Rasya,
Fathi.
No comments:
Post a Comment