Feb 14, 2014

It's Friday and I am Handsome






Ehem. Assalamualaikum.

He he he he.

Saja nak cakap, saya amazingly handsome. Syukur Alhamdulillah. Hihi

Selamat Hari Jumaat semuaaa...!


Jangan lupa banyakkan selawat ye harini :)

Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.

Farewell Lovelies!

Feb 13, 2014

Eduloan MARA

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Permohonan untuk Pinjaman Pelajaran MARA sekarang dah dibuka. Hence, the reason kenapa tak dapat update. Saya ada terlalu banyak kisah suram dan cerita yang kurang gembira bila bercerita tentang permohonan atas talian atau apa-apa yang berkaitan dengan permohonan yang melibatkan begitu banyak prosedur. Be it MyBrain, PTPTN, UPU....dan yang sekumpulan dengan semua yang disebutkan.

Tapi, sejujurnya, saya rasa, bukan rezeki saya sebenarnya. Asyik terlepas tarikh..tersalah key in maklumat..dan sebagainya T_T

4 Februrari 2014 haritu, MARA dah buka talian untuk permohonan pinjaman. Alhamdulillah lepas isi borang di website Eduloan MARA, status permohonan dapat tahu serta-merta. Right after dah siap isi borang pastu submit secara online, semua pun siap. Tiada peluh kecil atau peluh besar walaupun suasana semasa isi borang amatlah tensi.

Kiranya macam ni.

STEP 1 - Buka link Eduloan Mara. Then daftar untuk pengguna baru. For those yang baru nak apply. Ada untuk Ijazah Pertama/ Diploma (Yang ni mainly hanya untuk pelajar yang belajar dekat kolej swasta). Dan ada untuk student Master.

STEP 2 - Lepas dah siap daftar, MARA akan beritahu, anda boleh login dengan menggunakan Nombor IC sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan. Nanti kemudian, ini boleh diubah =) Jangan risau.

STEP 3 - Login guna nombor IC macam yg MARA suruh, lepastu..Isi semua borang secara online..Maklumat Pengajian, Personal Details and whatnot, pastu Submit Permohonan. Then tunggu result dari MARA.

STEP 4 - Bila MARA dah release status permohonan, baru korang boleh proceed dengan mengambil tandatangan pengesahan pihak universiti dan mengisi borang-borang perjanjian =)

STEP 5 - Bila dah siap semuanya, bolehlah matikan setem hasil dekat borang perjanjian (which needs to be done at LHDN. and make sure beli setem hasil dulu eh) dan hantar borang dekat pejabat MARA.


Setakat ini, itulah proses yang telah saya lalui. maksimum tempoh yang diberi untuk complete-kan semua step diatas ialah 2 minggu.

Akan tetapi, setelah saya, Umi dan Abah berpenat-lelah, risau, panik dan sebagainya dalam usaha untuk siapkan semua borang2 dan dokumen yang diminta, sekarang masih stuck lagi.
Allah. Ada masalah dengan akaun bank pulakss.. -_- Penat taaauu....Penaat... Huaaaa..Dah betul dah semua, apa lagi yang tidak tepat wahai MARA.

Demi mendapatkan bantuan kewangan, i just have to endure this. sikit je lagi in sha Allah. sikit je lagi... almost there.. kejap je lagi.. sabar sikit je lagi...

Semoga Allah permudahkan urusan saya. Doakan ye... ^_^ heee. Terima Kasih..semoga Allah memberkati anda anda dan anda semua.

Tan Sri, how I wish for this to become a reality.

Jomlah kita mohon pinjaman MARA!
Farewell!


Feb 3, 2014

From Shaklee to Book Cover DIY

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Yesterday, I posted an ad la konon from my sister's facebook wall. Keh3. I want to start a business but I am scared to use my own facebook. Well...err..there are some reasons as to why I am not keen to use my own account. Apa-apalah kan? My future kids,  jangan tiru aksi ini OK? Berwawasanlah anda dalam melakukan sesuatu perkara. Yeah.

So, I was like excited enough to share about Shaklee. The iklan was more or less like this..
"Assalamualaikum..sesiapa minat nak try produk Shaklee mai la try..nak cantik, nak kuruskan badan, nak naikkan berat badan, nak bijak.." mehehehe. Me and Maryam were just trying our luck lah konon (hishh...ushawan apa nihh). Suddenly, a lady pm-ed us! Woah! That's super fast! She asked about Set Kurus Shaklee, Set Skin Care Shaklee, the price and what not. I tried my best to answer the question and sambil tu gelabah sms Tan Sri tanya..camana kalau macam ni, camana kalau macam tu..bla..bla..bla..

Gelabah. Promote produk tapi tak reti nak explain. *geleng kepala* ish ish ish...tak elok tak elok. Lain kali kawan-kawan, kalau nak promote something, make sure anda tahu at least serba sedikit tentang produk yang anda promote ok? :) Barulah hensem..

Hasilnya, kecewalah saya..kerana..rasa gagal dalam memberi maklumat yg bernas tentang Shaklee kepada customer. Tapi tak apa, Tan Sri kata saya perlukan latihan. Bagus Tan Sri bagi semangat pada saya yang amatur ni -_- gaaah.

Kerana kecewa...saya pun buka internet pada keesokan harinya dan google "Cara memulakan bisnes Shaklee". Hmmm...tapi..lain pulak yang jadi. Information overload, satu pun takleh nak digest. Kesimpulannya, saya masih lost dan tak tahu nak mula macam mana dan dari mana.

Beberapa minit kemudian, saya pujuk diri cakap 'takpe.nanti cuba lagi. apa kata kita cari tutorial camana nak jahit book cover?'

Google


Kehkehkeh.
Tadi Shaklee. Sekarang DIY jahit book cover?
How lalang can I be..?

Happily.......I found several tutorial and will make them malam ni jugak! weeee.....kekeke.

hahaha. there you go. ada la hikmahnya kan bila sesuatu tu tak menjadi :P

nak pergi try jahit book cover sekejap eh?
Jaga diri. Jumpa nanti bila book cover dah siap!

Farewell!

Feb 1, 2014

Kita merancang, Allah menentukan

Google

Indeed, Allah is the best planner.
Oh Allah, please guide us to the right path.
Amin..


Jan 29, 2014

words

I am always enticed by the beauty of the words of Allah.
You read the Qur'an, it's the greatest writing ever. Trust me. You actually feel that Your Lord is talking to you directly. Subhanallah. The moment when you read it, your heart vibrates. It is that powerful. The power of the words of Allah.

I am always fascinated by beautiful words combined in a sentence.
How smart people can combine words and make it into a beautiful sentence. And upon reading it you feel drifted and blown away into another kind of universe. Reading is like swimming in an ocean of thoughts. Cuba baca puisi..indah bukan?

I am always glued to beautiful words.
Because reading them just make your heart feels comfortable. It is like a soothing lullaby.

I am always amazed when looking at how simple simple words are used in super beautiful sentence which carries beautiful meaning. Masya-Allah.

words. they can actually build your emotions. especially when it is delivered with emotions and accepted with emotions.(of course not the negative ones..hee..)



Allah says:

He is with you wherever you are (Qur'an 57:4)

very calming and very assuring :') Subhanallah. Alhamdulillah.

Allah berpesan lagi:

Choose best words to speak and say them in the best possible way (Qur'an 17:53, Qur'an 2:83)

:) mari berkata-kata dengan perkataan yang baik.



Moga Allah Sayang :)
Night, earth people. Farewell.

Jan 28, 2014

Bila suka sangat melalut

Kan dah kena bebel. Padan muka. Bukan sorang yang membebel. Dua orang terus. Semua pun pedass, makan dalam, buat muka merah telinga merah (sebab maluu amat), buat saya rasa nak gigit telefon, minum air, kunyah kentang goreng, dan paling penting nak nangis... T_T sebab malu dengan diri sendiri dan orang yang tegur tu.. dan malu dengan Allah.

Assalamualaikum..

Saya baru lepas kena marah. Sebab saya melalut sangat lately ni.

Macam nilah. Sebab suka sangat melalut merepek mengarut fikir yang bukan2 ape semua ni kan..apa kata pause sekejap.

Stop.Berhenti...! Faham?

Duduk diam-diam. Diam. Diam je. Diam.

Jangan cakap apa-apa.

Kalau terfikir yang bukan-bukan, buat dek je. Sendiri fikir sudah. Pastu Istighfar laa banyak-banyak supaya semua fikiran negatif tu tak menular sampai rosakkan mood. Jangan sampai semua negative thoughts tu dizahirkan dalam bentuk statement atau soalan yang boleh buat orang keliling marah.

Jangan mengada nak cakap "kenapa la aku ni suka susahkan orang lain" atau "sorry sebab selalu susahkan awak" atau "saya ada susahkan awak tak? am I a burden to you?" (padahal takde pape pun yang terjadi untuk terlibat dalam adegan minta-maaf-saya-bersalah ni).

Distract yourself. Go read Qur'an. atau buat solat sunat. Sebab Allah je yang boleh hilangkan semua kekusutan yang kita rasa.

Trust me. Jangan mengarut sangat. Penat...Penaaat. Literally penat sebab melalut fikir entahapaapaentah.

I am going through a phase. I don't even know what kind. It's very tiring. I do sincerely hope that I will find a way out. Susah sikit jalan yang kita nak lalu ni..sobs. Semua orang pun tahu kan.. jihad tu mencabar.

Jihad kearah kebaikan.. semua pun mesti nak buat macam ni kan?

Tapi kena janji dulu jangan fikir yang bukan-bukan. Okay? Stay positif. Sangka baik selalu. Boleh..boleh.kita pasti boleh. Allah ada dengan kita. (Yakinkan diri sendiri sambil buat muka meyakinkan). Korang kena positif jugak. Ok? Good..good.. jangan jadi macam saya. Melalut merepek mengarut.


Moga Allah Sayang.
Farewell!




Jan 27, 2014

Jangan Tinggal Saya

Assalamualaikum..

Pernah rasa lost tak?


Recently, hati saya dilanda turmoil yang sangat dahsyat. Sehinggakan E update status di facebook berpesan supaya "Cherish the moment that you have now" dan saya..kaku..teringat semula pesanan beliau baru-baru ini, beliau kata jangan fikir banyak sangat. Baiklah. Sudah saya jangka..Saya tahu akan ditampar dengan kata-kata saat saya buka akaun Facebook.


Alhamdulillah. Pada hemat saya, saat Allah datangkan rasa sedih dan dukacita, itu tandanya Allah nak kita ingat pada Dia dan tandanya Allah rindu nak dengar kita mengadu pada Dia. Saya saksikan ramai kenalan yang dah berubah menjadi baik. Tapi saya tak nampak sebarang perubahan pada diri saya. Atau mungkin saya yang gagal untuk lihat sebarang perubahan. Atau..entahlah.


Bila kenalan paling rapat dengan saya sedang melalui transfromasi diri yang drastik, saya rasa ketinggalan. Sangat. Dalam hati saya cakap macam ni: "Kalau awak dalam perjalanan nak jadi baik, awak ajaklah saya sekali. Jangan tinggalkan saya" :'( Sobs. Ya. Saya rasa sangat ketinggalan. Tapi, apa yang saya nak sampaikan tidak terluah.


Mungkin kena muhasabah diri semula kenapa saya rasa ketinggalan sampai macam tu sekali. Saya rasa sangat sunyi. Macam tengah jalan2 dekat satu jalan yang gelap, ada lampu samar2. Masa mula berjalan, ada kawan di sebelah. Tiba-tiba kawan tu pergi macam tu je tinggalkan kita. Terpinga-pinga. Itu yang saya rasa. Tapi tak apa. Kawan saya tak salah. Saya berterima kasih pada Allah sebab hantar kawan saya untuk jadi wake up call pada saya. I guess I just needed that... T_T.... It came at the right moment.


Bila dah kena ignore, baru saya nak sedar diri. Bila dah kena tinggal sorang2 baru nak gelabah.


Tak apa. Saya yakin. Allah boleh bimbing saya dan Allah akan tunjukkan jalan. Walaupun sendirian. Subhanallah. Hebatnya Allah sebab hantar peringatan pada saya melalui cara yang macam ni.


I guess I just have to be strong. Permulaan kepada sesuatu perkara memang selalunya sukar.

Allah dekat. Sangat dekat dengan kita. Kita tak akan sendiri. Tak akan :)

"And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided." (Al-Baqarah:186)


Pada yang pernah rasa lost dan rasa kena tinggal macam ni..jangan sedih2 ek. Penat sebenarnya nak lalui rasa sedih tu sorang2. Tapi sebenarnya, kita tak sorang2 pun. Allah kan ada :) Meh. Jom jalan sama-sama dengan saya *senyum lebar-lebar*


p/s: How I wish I can say "Jangan tinggal saya" sambil buat muka saya-nak-ikut-awak-jadi-baik-jugak.



Farewell!