Assalamualaikum.
Anda punya harapan? Bagus. Aku pun ada. Tapi..meh nak kastau..
Berharap pada sesuatu yang tidak pasti sama sahaja seperti kita membuang masa.
Kalau asyik letak harapan je, tapi tak ada usaha, sama jugak macam buang masa. Kan?
Terkadang, harapan kita cipta, usaha kita berganda, tetapi..akhirnya, harapan hancur juga mungkin oleh kerana sebab-sebab yang lain. Jangan sedih... pasti ada hikmahnya. Be strong. Jangan nangis..
Di sini, ingin aku cadangkan..
Sandarkan harapanmu pada Allah.
Pasti tiada kekecewaan. Bila kita yakin dengan janji Allah, Allah pasti tidak akan sia-siakan harapan kita.
Suatu ketika, ada yang memberi pesan.
Seorang individu yang telah melantik diri beliau sebagai “Penjaga” aku.
[Huh. Self-appointed. Aku tak lantik pun dia.]
Beliau telah berpesan..
“Awak, jangan letak harapan yang tinggi dekat sesiapa pun. Awak hanya boleh berharap pada Allah je. Sebab nanti pasti awak tak akan kecewa. Percayalah cakap saya. Kalau berharap sangat pada manusia ni, nanti satu hari kalau kecewa, sakit. Sangat sakit rasa kecewa tu.”
Sebelum beliau sampaikan pesanan di atas kat aku, beliau cakap begini:
“Awak, you can count on me tau. Anytime. I will definitely be there for you. Saya nak jadi Guardian awak.”
Ha-ha-ha. Sangat ironi kerana, pada saat akhirnya, beliau telah menghilangkan diri dengan jayanya.
Hilang, seperti debu yang ditiup angin.
Akan tetapi, pesanan beliau ada benarnya. Jangan sandarkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu yang tidak pasti. The only option, the only solution, is Allah.
[ Guardian apanya kalau hilang saat aku memerlukan? Individu tersebut mulutnya penuh gula. Ceh!]
Remember...
HE listens to every single thoughts.
Shining in the sand and sun,
Like the pearl upon the ocean.
Feel me and heal me.

trust Allah since He'll never let you down.. like it..
ReplyDelete