Bukan mudah untuk mendidik
Minda beritahu akal
Itu hakikat.
Perhati diri
Mudahkah mendidik hati?
Liar.
Sukar dikawal,
Terutama saat minda dan hati tidak sekufu.
Ibu Ayah contoh terunggul.
Susah payah mendidik anak-anak.
Terkadang, hasilnya mengagumkan.
Terkadang, hampa di tengah jalan.
Tidak semua yang diharapkan menjadi.
Soal mendidik hati.
Terkadang tersungkur.
Jadi api di siang hari.
Dingin sedingin salju di tengahari.
Hangat kerana dengki di malam hari.
Bila waktu tenang menyelinap?
Ada ruang kah untuk rasa kasih?
Kerana kurang didikan,
hati sukar dibentuk.
Sukar dipujuk.
Terkadang, jadi keras,
macam batu.
Usaha itu perlu,
dalam mendidik.
Pastinya perlu berterusan.
Tanpa rasa putus asa.
Didik hati ke arah kebaikan.
Ajar dia selalu tenang.
Nasihat dia, selalu kuat.
Jangan kalah sembarangan.
Perlu teguh setiap masa.
Hati kita milik Dia.
Apa pun terlintas, Dia tahu.
Niat murni perlu ada.
Agar Dia tahu kita mahu berubah.
Dia lihat pada usaha.
Jangan gusar.
Kerana Dia ada
Setiap langkah, kita punya teman.
DIA ada.
Yakin.
Didik saya ke arah kebaikan.
Saya suka bila anda nasihat saya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment