Jul 25, 2012

Kehilangan

Bogeng dah mati.
Bogeng dah tak ada.
Tak sempat tengok dia.
Tak boleh dengar dia mengiau lagi.

Bogeng dah mati.

Jul 21, 2012

Perihal Masa

Assalamualaikum,
Ramadhan Karim..

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, masih punya peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia tahun ni. Kata Mr.K, apabila kita rasa seperti masa cepat sangat berlalu, maknanya, masa yang kita lalui tu, tiada keberkatan. Kerana itulah rasa cepat sangat masa berlalu. Kalau nak diikutkan secara logiknya, mungkin juga betul begitu. Pernah juga rasa, kalau kita beribadah, rasa seperti masa bergerak perlahan.Tapi, pernah juga rasa seperti masa yang digunakan untuk beribadah tu seperti tidak cukup kerana punya tugasan dunia yang lain. Ah, dunia. Selalu saja buat penghuni bumi lalai dan leka.

Tapi, sekali lagi, tugasan dunia yang kita lakukan tu adalah antara tanggungjawab kita di dunia. Boleh saja kita mulakan setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan berniat kerana Allah.
Apa pekerjaan pun yang dilakukan akan menjadi satu ibadah bila kita niat kerana Allah.

Ramadhan datang lagi.
Rebutlah peluang untuk perbaiki diri.
Rindu terubat kini. 

Allah datangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita bila kita benar-benar mahukan perubahan.
Kerana hati pernah berkata-kata bahawa hati telah kecewa gara-gara cinta dunia,
Kini Allah datangkan peluang untuk merawat hati dengan mendekatkan diri kepada-NYA.

Ahlan ya Ramadhan.
Subhanallah.

Jul 15, 2012

Indahnya

Indahnya Nikmat Iman.
Indahnya Nikmat Islam.

Indahnya rasa bertuhan.
Selesanya perasaan bila mengetahui ada Allah yang Maha Penyayang.

Terima kasih Allah kerana Engkau hadirkan rasa untuk dekat kepada-Mu pada manusia yang sering alpa.

Berusaha kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu wahai Allah.
Engkaulah yang meringankan segala beban.
Engkau jualah yang memberikan kami peluang untuk berubah.
Indahnya rasa pabila dapat mengadu segala apa yang dirasai hati kepada-Mu Allah.

Indahnya pabila ada rasa kasih dan sayang di dalam hati terhadap saudara seagama.
Mengusir benci dan syak wasangka adalah payah jika tiada bantuan dari-Mu, Allah.

Berusaha kami untuk menghargai kehidupan yang Engkau berikan.
Tapi kami sering alpa, lalai dan leka.
Untung kami kerana punya Tuhan yang Maha Pengampun.
Ampuni kami kerana sering lalai.

Akan kami berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Mu wahai Allah.

Indahnya Nikmat Iman,
Indahnya Nikmat Islam.

Terkesima,
Fathi.




Jul 13, 2012

Adorable

Favim.com

Dia tersangkut di atas pokok.
Dahan pokok tak banyak.
Daun di dahan-dahan tersebut pun tak tumbuh banyak.

Dia bising, ketakutan barangkali.
Tak tahu macam mana nak turun dari pokok yang tinggi.

Dia warna Oren.
Kecil dan comel.
Pandai panjat pokok tapi tak pandai turun sendiri.

Kasihan.
Nasib ada yang perasan dia minta tolong dari atas pokok.

Haha. Comel.

Lain kali jangan panjat pokok tinggi-tinggi lagi dah.
Nanti tak pandai nak turun sendiri.

Angan-angan.
Pantas perkataan itu terlintas di minda.

Kata seorang kawan,
Kalau mahu membina impian, 
atau angan-angan,
atau cita-cita,
biar tinggi-tinggi.
Biar tinggi sampai ke langit pun tidak mengapa.
Sebab, kata dia, 
Kalau kita jatuh nanti pun, jatuh atas awan.


So, dare to dream big.

Bak kata teman sekuliah,
"If you want to dream, might as well dream big."
Kalau kecil sangat mimpi atau impian,
bimbang tiada usaha mahu mencorak hidup.

^__^


Bila rasa susah hati, tengok kucing comel jadi senang hati.
Ah. Comel sangat. Tak mampu nak ignore.

Jul 9, 2012

Girlfriends are AWESOME

Hello there.
^_^ 

Having lots of friends are awesome.
But,
Having only two or three or four BEST friends,
is plus plus awesome!
Even though the number is small,
but the attention is greater.
More happiness, less conflict.

Azlini, anda sangat Cool.
Suhailah, anda Macho!
Haha.
Seriously, I cannot stop laughing when they are around.
Creative beyond words.
Hari-hari bahagia, walaupun depressed masuk kelas Pocoyo.

Anda berdua awesome lah.

Next on the list:
Calm Mizah and Lively Shazna.
Heheh.
Making predictions on what's coming next is our main concern.
LOL.
Macam experts.

Tanpa mereka, dunia saya kelam.

Thank You ALLAH.
Thanks Google Image. Ini sangat comel.

M A L U

Mahu Invisibility Cloak,
atau kain hitam,
atau apa sahaja yang mampu selubung kepala.

Kalau boleh hilangkan diri saat dan ketika tu juga,
lama dah aku cabut lari.
Tak pun jadi halimunan sekejap.
Biar tak ada yang nampak aku di situ.

Argh. Tebal kulit muka rasanya.
Rasa darah semua naik menyerbu ke muka.
Rasa sesak nafas.
Jari semua jadi sejuk. Putih pucat.
Kepala dah tak boleh nak proses input.
Malu punya hal.

Macam ada lubang kosong dalam hati.
Bila angin lalu, rasa ngilu.
Malu.
Nak lari jauh-jauh.

Tak tahu nak diibaratkan macam mana dah rasa malu tu.
Oh, contohnya, kita suka dkt seseorang, dan kita perasan dia suka dkt kita juga.
Last2, kena reject dengan orang yang kita suka tu.
Adush.
Malunya.
Padan muka.
Bertepuk sebelah tangan tu namanya.

Ya Allah, malunya.


Yang nak sorokkan muka guna bantal,
Fathi.

Jul 8, 2012

July 8

Bismillahirrahmanirrahim

5 reasons why one should stay single:
(Only for Single-Not-Yet-Taken-Individuals)

1. The right time has not arrived. yet.
Tak perlu gusar. The right time will come. So, be cool. Calm. Allah dah rancang yang terbaik untuk anda. Cuma, masanya belum tiba lagi. Allah nak suruh anda lebihkan rasa cinta terhadap Allah dulu. Kemudian nanti adalah tu =] Kalau dah usaha tapi hasilnya belum ada lagi, tenang sahaja. The time will come. Jangan dipaksa-paksa. Let it come naturally ^__^

2. High likelihood of a broken heart.
Indeed this is true. When you are in a relationship, or..maybe when you are in the middle of finding your Mr. or Mrs. Right, there's a very high likelihood of a broken heart. We all know that. Oh, please..have some mercy for yourself. Sayangilah hati anda. Kesian hati anda, nanti sakit bila kecewa. Therefore, by staying single, there will be no broken hearts.  

3. Being Single is Awesome.
Awesome-ness is there when you're single =] so, be proud of yourselves. OK?

4. More Opportunities for You to Upgrade yourselves.
Upgrade iman, tambah pahala, get ready and be prepared for your future relationship nanti =] Gunakan peluang yang ada sementara masih bujang.

5. No Cry, No Tears, No Broken Hearts, No Phobias.
Simple. Tak akan ada hati yang akan kecewa. Tak akan ada rasa gundah-gulana. Tak akan ada rasa nak sepak katil atau pukul kerusi atau ketuk meja. Tak akan ada rasa fobia untuk bercinta lagi. Ahaha. ape-apelah yang sama dengan topik di atas ni. Freedom =D 

Mari perbaiki diri dan sentiasa berdoa mohon Allah berikan kita jodoh yang terbaik.

Pada yang sudah berpunya, tahniah Fathi ucapkan =] Mohon Allah pelihara hubungan anda semua hingga ke akhir hayat. Anda gembira, saya gembira =]
Tahniah kerana anda dan anda dan anda sudah ditemukan dgn pasangan yang baik. Barakallah.

Sekadar luahan pendapat ^__^  peace y'all!

Love,
Fathi.