Apr 10, 2014

Tak puas duduk rumaaaah..

Assalamualaikum..

Whaat? Cerita pasal inferior again? Hah? Bukan? Ke nak cerita pasal negative vibes?? Bukan jugak?
Kehkehkeh.. no.no.no.. tak.tak.tak. Semua pun bukan. Nak cakap pasal tak puas cuti duduk dekat rumaaahhh..

It's our mid-semester break now. But it is almost ending...and I am still not done writing proposal for MICOLLAC. Mehehe. Ada hati nak join conference but tulis proposal pun merangkak-rangkak. Anyone interested? Come and join us at the conference! If if if....(na'uzubillah) my proposal is not good enuf to be presented, I would love to attend the conference jugak as a guest. Heheh. Guest ke? Boleh laaa..

And the fact that cuti is almost ending..I am sooo sediihhh..wawawa. Tak puas duduk rumah dengan Umi Abah. And, by the way guys, our Malaysian writer Shih-Li Kow is coming for an event at Silverfish Books, Bangsar =) For those yang berminat nak pergi, marilah! =) Do come and get to know our writer! Well, this is me, being a literature student. he he he.

Oh and...For UIA-ans, especially BENL-ians, do come to Silverfish on May, 3rd. Sebab, our lecturer will be there for an event. Siapa tak kenal Prof. Quayum kan? =) He's such an inspiration. Meh la korang datang dengar =) Listening to his speech is like listening to a motivational speech. His speech is really something because deep down in your heart, you will feel that vibration and urge to move forward in life. Tak kisahlah dalam field apa pun kita berada dan pekerjaan apa pun yang kita buat, selagi kita bernama Manusia, kita kena jugak jalankan tanggungjawab sebagai Manusia untuk makmurkan bumi Tuhan =) Right?

Ok, now...siapa rasa lapar? Pernah makan manisan dari Iraq tak? heheh. Ok. Siapa nak tambah rasa lapar dan kekayaan dalam mengenali culture orang lain, try la baca buku ni:


It is a food fiction and will defnitely make you feel hungry. Heheh. But this book is a great piece of writing to remind you of your root jugak. So..Happy reading!

Dengan masa cuti yang masih berbaki ni....jom kita isi masa dengan aktiviti yang best.

I miss home already. I miss Umi and Abah already.

Take care lovelies!
Farewell!

Apr 2, 2014

Updates

Bismillah..

Assalamualaikum..

With great reluctance, I opened my Facebook account because I have to send a file to a friend. I was avoiding Fb for quite some time and as a matter fact, for not quite specific reason.Or maybe I don't even know why I acted like that. I put all the blame on me. I am supposed to go online on Fb to keep my friends updated. Especially the ones yang jauh-jauh. But I did not do that. My mistake.

Jangan kata Fb, telefon ada pun susah sangat nak hubungi kawan2. What is wrong with me? I think I am confused with myself. I do not know what my heart wants. I am feeling inferior..for so many nonsense reasons.

I wish and I hope that I can change that. I believe that I still have time to do ammendments. I am very sorry to those very good friends yang lama sangat Tinah tak beri update. Well, saya faham saya bukanlah siapa-siapa pun tapi...the fact that Tinah tak boleh keep up dengan orang lain punya updates make me feel very slow and .... Allah knows what more negative words I would want to say.

I have to repair my relationship with Allah. Then I believe that Allah will take care of the rest.

Farewell.




Mar 6, 2014

Bio-Essence Bio Spring Water. Solution Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum..

I have been away for quite some time..I realized. Keh3. I had so many things to do. Catching up with a lot of things. Spending time with friends is one of the activities that keeps me busy most of the time. Do ignore my grammatical mistakes. Kakaka. And this entry is the evidence betapa banyaknya I spent my time with friends. I learned a lot of new things, discovered new discoveries. Kakaka. This is one of the things lah. Ehem. Well..I told Kak Hajar that I was in need of something which can keep my face hydrated. Since sekarang ni sedang musim panas...my face naik ruam dan jadi kering dengan sangat berjaya. 

Thus, one day we went to Watson by accident (kahkahkah) and found this Bio-Essence Miracle Water with discount. HAHAHA. I went to Guardian before but was reluctant to buy because the price was RM29.90 for 100ml. Tapi.....dekat Watson dapat RM38.90 for 2 bottles of 100ml. Awesome!  






Ok. Enough being wordy. Benefits of using this product adalah:

1. Time hari panas..you can spray this dekat muka atau tangan atau leher. InshaAllah rasa fresh as it moisturizes your skin. Then rasa lembap sikitlah muka. Kurang rasa tak selesa sebab kering.

2. For those yang muka banyak ruam, bila spray ni dekat muka, muka taklah pedih sangat. wuwuwu.

3. For those yang pakai make-up, this water helps to like give you a soft look macam tulah. haha. sebab, i applied bedak dekat muka and then spray this, pastu my face nampak fresh dan tak kusam sangat. Kakaka. walaupun ada banyak sangat jerawat dan ruam. 

Ok dah siap. This is my experience so far using this. I am so much relieved sebab it helps to reduce irritation bila muka naik ruam. Yang lain-lain punya benefits, tuan puan sila alami sendiri ye. hehehe.

Seronok main spray-spray dekat muka semua orang. kakaka.
Herbalife ada jual spray untuk muka macam ni jugak and it smells super nice! But the price is super mahal. Sobs. Tapi best. Worth trying walaupun harga agak mahal =)

OK, esok hari Jumaat. Jangan lupa siap-siap nak baca Al-Kahfi ye.

Farewell lovelies!


Feb 14, 2014

It's Friday and I am Handsome






Ehem. Assalamualaikum.

He he he he.

Saja nak cakap, saya amazingly handsome. Syukur Alhamdulillah. Hihi

Selamat Hari Jumaat semuaaa...!


Jangan lupa banyakkan selawat ye harini :)

Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.

Farewell Lovelies!

Feb 13, 2014

Eduloan MARA

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Permohonan untuk Pinjaman Pelajaran MARA sekarang dah dibuka. Hence, the reason kenapa tak dapat update. Saya ada terlalu banyak kisah suram dan cerita yang kurang gembira bila bercerita tentang permohonan atas talian atau apa-apa yang berkaitan dengan permohonan yang melibatkan begitu banyak prosedur. Be it MyBrain, PTPTN, UPU....dan yang sekumpulan dengan semua yang disebutkan.

Tapi, sejujurnya, saya rasa, bukan rezeki saya sebenarnya. Asyik terlepas tarikh..tersalah key in maklumat..dan sebagainya T_T

4 Februrari 2014 haritu, MARA dah buka talian untuk permohonan pinjaman. Alhamdulillah lepas isi borang di website Eduloan MARA, status permohonan dapat tahu serta-merta. Right after dah siap isi borang pastu submit secara online, semua pun siap. Tiada peluh kecil atau peluh besar walaupun suasana semasa isi borang amatlah tensi.

Kiranya macam ni.

STEP 1 - Buka link Eduloan Mara. Then daftar untuk pengguna baru. For those yang baru nak apply. Ada untuk Ijazah Pertama/ Diploma (Yang ni mainly hanya untuk pelajar yang belajar dekat kolej swasta). Dan ada untuk student Master.

STEP 2 - Lepas dah siap daftar, MARA akan beritahu, anda boleh login dengan menggunakan Nombor IC sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan. Nanti kemudian, ini boleh diubah =) Jangan risau.

STEP 3 - Login guna nombor IC macam yg MARA suruh, lepastu..Isi semua borang secara online..Maklumat Pengajian, Personal Details and whatnot, pastu Submit Permohonan. Then tunggu result dari MARA.

STEP 4 - Bila MARA dah release status permohonan, baru korang boleh proceed dengan mengambil tandatangan pengesahan pihak universiti dan mengisi borang-borang perjanjian =)

STEP 5 - Bila dah siap semuanya, bolehlah matikan setem hasil dekat borang perjanjian (which needs to be done at LHDN. and make sure beli setem hasil dulu eh) dan hantar borang dekat pejabat MARA.


Setakat ini, itulah proses yang telah saya lalui. maksimum tempoh yang diberi untuk complete-kan semua step diatas ialah 2 minggu.

Akan tetapi, setelah saya, Umi dan Abah berpenat-lelah, risau, panik dan sebagainya dalam usaha untuk siapkan semua borang2 dan dokumen yang diminta, sekarang masih stuck lagi.
Allah. Ada masalah dengan akaun bank pulakss.. -_- Penat taaauu....Penaat... Huaaaa..Dah betul dah semua, apa lagi yang tidak tepat wahai MARA.

Demi mendapatkan bantuan kewangan, i just have to endure this. sikit je lagi in sha Allah. sikit je lagi... almost there.. kejap je lagi.. sabar sikit je lagi...

Semoga Allah permudahkan urusan saya. Doakan ye... ^_^ heee. Terima Kasih..semoga Allah memberkati anda anda dan anda semua.

Tan Sri, how I wish for this to become a reality.

Jomlah kita mohon pinjaman MARA!
Farewell!


Feb 3, 2014

From Shaklee to Book Cover DIY

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Yesterday, I posted an ad la konon from my sister's facebook wall. Keh3. I want to start a business but I am scared to use my own facebook. Well...err..there are some reasons as to why I am not keen to use my own account. Apa-apalah kan? My future kids,  jangan tiru aksi ini OK? Berwawasanlah anda dalam melakukan sesuatu perkara. Yeah.

So, I was like excited enough to share about Shaklee. The iklan was more or less like this..
"Assalamualaikum..sesiapa minat nak try produk Shaklee mai la try..nak cantik, nak kuruskan badan, nak naikkan berat badan, nak bijak.." mehehehe. Me and Maryam were just trying our luck lah konon (hishh...ushawan apa nihh). Suddenly, a lady pm-ed us! Woah! That's super fast! She asked about Set Kurus Shaklee, Set Skin Care Shaklee, the price and what not. I tried my best to answer the question and sambil tu gelabah sms Tan Sri tanya..camana kalau macam ni, camana kalau macam tu..bla..bla..bla..

Gelabah. Promote produk tapi tak reti nak explain. *geleng kepala* ish ish ish...tak elok tak elok. Lain kali kawan-kawan, kalau nak promote something, make sure anda tahu at least serba sedikit tentang produk yang anda promote ok? :) Barulah hensem..

Hasilnya, kecewalah saya..kerana..rasa gagal dalam memberi maklumat yg bernas tentang Shaklee kepada customer. Tapi tak apa, Tan Sri kata saya perlukan latihan. Bagus Tan Sri bagi semangat pada saya yang amatur ni -_- gaaah.

Kerana kecewa...saya pun buka internet pada keesokan harinya dan google "Cara memulakan bisnes Shaklee". Hmmm...tapi..lain pulak yang jadi. Information overload, satu pun takleh nak digest. Kesimpulannya, saya masih lost dan tak tahu nak mula macam mana dan dari mana.

Beberapa minit kemudian, saya pujuk diri cakap 'takpe.nanti cuba lagi. apa kata kita cari tutorial camana nak jahit book cover?'

Google


Kehkehkeh.
Tadi Shaklee. Sekarang DIY jahit book cover?
How lalang can I be..?

Happily.......I found several tutorial and will make them malam ni jugak! weeee.....kekeke.

hahaha. there you go. ada la hikmahnya kan bila sesuatu tu tak menjadi :P

nak pergi try jahit book cover sekejap eh?
Jaga diri. Jumpa nanti bila book cover dah siap!

Farewell!

Feb 1, 2014

Kita merancang, Allah menentukan

Google

Indeed, Allah is the best planner.
Oh Allah, please guide us to the right path.
Amin..