Subhanallah.
Hari jadi kekasih bakal tiba.
3 hari lagi.
Harus buat persiapan.
Beri peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman seperjuangan.
Beliau adalah seorang kekasih.
Layanan yang sangat baik harus diberikan. Kerana dia seorang Kekasih.
Pujian harus diucapkan dengan lebih kerap lagi.
Supaya rasa cinta itu dapat dizahirkan.
Kekasih tiada di depan mata.
Tetapi amat dekat di hati, jika selalu diingati.
Mana mungkin seseorang melupakan insan yang amat disayangi.
Bezanya cuma.. antara kuat atau lemah ingatan kita terhadap Kekasih.
Rabi-ul-Awwal.
Bulan penuh rahmat.
Lahirnya seorang Kekasih.
Kepada yang lupa, mari kita ingatkan.
Sempena Hari Lahir Kekasih,
Ayuh ingatkan diri supaya perbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap hari. Tanpa jemu.
No comments:
Post a Comment