Assalamualaikum.
Hai. Selamat petang manusia-manusia hensem dan comel di luar sana. (Cewah, ada macam style Mr.K tak? Aku nak tiru dia sikit harini. Huh.)
Hari ini, niat untuk bercerita tentang kisah cinta telah dibatalkan dengan jayanya.
Hanya kerana satu sebab. Rasa eww.. secara tiba-tiba. Apa Fathi tak sudah-sudah emo pasal relationship ni?
Gelilah. Haha. Baca Mr.K punya belog, peratus rasa geli tu ada la jugak tapi peratus yang selebihnya, Fathi gelak sakan tengok gaya penulisan beliau. Gedik tapi kreatif. LOL. How can a guy be that gedik?
So, hari ini, cerita kita adalah tentang ayam goreng dan seekor kucing belaan manusia.
Mangsa keadaan: Ayam goreng.
Pemangsa: Kucing ( Nama beliau Demang Jr.)
Yang penat bagi ayam goreng dekat kucing: Tuan rumah (ehem2.)
Semalam, sedang tuan rumah asyik mendengar Aamir Khan dan Manisha menyanyi lagu Mera Mann, Demang Jr. telah mengetuk pintu bilik tuan rumah dan minta izin mahu masuk. (Tuan rumah seorang sahaja yang faham bahasa kucing belaan beliau. Harap maklum.)
Lalu, diizinkan si kucing masuk sambil bertanya, "Nak apa ni bising2?"
Si kucing terus mengiau tanpa menghiraukan tuan rumah tersebut. Mengiau sambil berjalan berlegar-legar di dalam bilik. Panjat katil, masuk bawah selimut, keluar semula dan duduk atas beg gitar, bangun dan panjat kerusi..dan iyah! melompat ke atas meja solek dan akhirnya turun semula dan berjalan dengan macho ke arah tuan rumah. Mengiau tidak henti.
Tuan rumah garu kepala. Apahal kucing ni? Time orang nak rehatlah dia datang buat bising. Semak.
Beliau pun buka pintu bilik dan ajak Demang Jr. ke dapur. "Kau nak makan kan? Nah, ni ada biskut kucing. Makan ye.. Air ada kat sebelah tu. Makan ok?"
Demang Jr. pandang sebelah mata je biskut kucing dalam pinggan tu.
Ni apahal pulak ni. Bagi makan tak nak pulak.
"OK. Fine. Manja nak keluar tengok adik-adik ke? Jom kita keluar ye. Pintu keluar ada kat depan. Meh. Kita jalan sama-sama."
Si kucing ikut tuan rumah dari belakang sambil berlari-lari anak.
Sampai di muka pintu, kucing buat muka tak bersalah.
Tak nak keluar pulak! Habis tu nak apaa?? Miau miau miau miau dari tadi. Nak apa? Cuba cakap.
Tuan rumah bengang.
Mereka berdua pun jalan sama-sama, pergi ke meja makan di tengah rumah.
Si kucing panjat meja makan dan sondol tudung saji atas meja dengan menggunakan kepala.
Tuan rumah pun curious nak tahu kucing ni sebenarnya nak apa.
Diangkat tudung saji tersebut..dan...tadaaa!
Ada 2 ketul ayam goreng dalam pinggan!
"Laaah...nak ayam goreng rupanya. Nape tak kastau awal-awal..."
Fakta: Demang Jr.'s favorite food since he was a kid is AYAM GORENG. Dasar upin ipin punya kucing.
Tuan rumah pun ambil ayam goreng tu, basuh dengan air supaya tak rasa berempah sangat dan serve them in a plate. Ready to be eaten!
Demang Jr. tunjuk muka puas hati. Terus berhenti mengiau. Hish. Pelik ah binatang ni.
Si kucing makan ayam goreng dengan bersungguh-sungguh.
Tuan rumah rasa kagum.
Subhanallah.
Ciptaan Allah yang macam ni punya perangai pun ada? Haha. Uniklah.
Demang Jr., walaupun kau gedik malam semalam, kau tetap comel. Ugh. Asyik kalah je dengan kecomelan dia. Lemah aku.
Ayam goreng sedap.
Have a great dinner, people!
Love, Fathi.
masa zie baru nak baca post nie, tibe2 ayh zie huluq ayam goreng.. hahaha.. coincidence. baru dapat menghayati demang jr makan dgn seleranya.
ReplyDeletemiss my cat too..huhu
waah.. what a coincidence! saya impressed. haha. tulah, makan dgn jayanya. hehe. Alhamdulillah, kita dpt rasa nikmat makan lagi.
Deletehuhu..teo. sabar ye zie..