Assalamualaikum.
Ya, saya tahu. Jam tunjuk pukul 2 pagi. Waktu untuk tidur sepatutnya,
Ah. Tak kira, Nak cerita jugak.
Di suatu petang yang aman, Tuan Rumah baru pulang dari kampus. Dari stesen keretapi, terus ambil teksi dan pulang ke rumah. Setibanya beliau di rumah, semua anak-anak kucing datang beramai-ramai untuk ucapkan selamat pulang kepada si Tuan Rumah. "Alahai..comelnya ramai-ramai datang jemput aku depan pintu pagar..", berkata si Tuan Rumah dalam nada yang bahagia. Mereka semua pun masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidur si Tuan Rumah.
"OK. Sekarang, semua pergi dapur, makan. Jangan kacau orang nak berehat."
Itu arahan Tuan Rumah.
Si Hitam patuh arahan dan pergi bermain dengan Si Kecik selepas selesai mengisi perut dengan biskut kucing. Si Tompok..yang bulat dan gemuk..memilih untuk tidak mematuhi arahan tersebut.
Pintu bilik ditolak perlahan oleh Si Tompok. Mengiau dengan kuat dan lantang.
Tuan Rumah pandang. "Kau nak apa? Kan dah makan biskut kucing tadi."
Si Tompok datang dekat dan tolak plastik yang berisi roti coklat di atas riba Tuan Rumah.
"Hah! Jangan mengada nak makan orang punya roti. Kau tu kucing. Mana makan roti coklat."
Si Tompok mengiau lagi.Ya, saya tahu. Jam tunjuk pukul 2 pagi. Waktu untuk tidur sepatutnya,

Tuan Rumah mula rimas. "Yelah...nah rasa sikit."
Secubit roti berinti coklat diberikan kepada si anak kucing.
Anak kucing yang gemuk dan comel itu, makan roti berinti coklat tersebut dengan bersungguh-sungguh.
?????!! APA?!
Dia makan roti tu??
''T_T ..... ini kucing ke alien.
Tuan Rumah rasa kagum dan berkeputusan untuk berkongsi roti berinti coklat tersebut dengan si anak kucing.
Subhanallah.
Tak sangka kucing-kucing di rumah tu semuanya pelik-pelik.
Kucing + Roti Coklat?
PELIK.
Mungkin ada banyak lagi cerita pelik di luar sana.
Semoga kucing-kucing di atas muka bumi ini mendapat makanan yang cukup dan terus berzikir untuk manusia yang memberi makan dan berbuat baik kepada mereka.
Amin.
No comments:
Post a Comment