Feb 5, 2012

Heartbroken

Am falling into pieces.
Because, when a heart breaks,
It does not break even.

The best part of me was always you.
I am struggling to even breathe but you are all okay.

Sound familiar?
Yes. It is a song.
And it reflects well.

When a heart breaks, it does not break even.
All the waiting is a regret.

Time shall heal.
Till  then, be safe and be happy. Please be happy. Please.

Feb 4, 2012

Gitar 1

Gitar baru itu warnanya coklat.
Cinta 'love at the very first sight' aku.
Adik pulang dari hostel, terlihat gitar baru di dalam bilik.

Selamba dia bertanya, "Tau ke macam mana nak main?".
Aku juga jawab dengan selamba, TAK TAHU.

Soalannya, jadi bagaimana?

Solusinya, kena belajar dulu. Baru boleh petik dan mengeluarkan irama yang masuk akal.


Adik bengang. Tidak sabar. Ah. Darah muda. Memang begitu.
Well, kalau tidak punya kesabaran, jangan tunggu.

Adik, nanti aku buktikan. Tunggu dan lihat.(Itupun kalau nak tunggulah.) Haha.

Feb 2, 2012

Found It #2

When You Said It
Received 2 Years ago from a friend


When ALLAH drops needles along your path of life,
Do not step away.

Pick them up and collect them.
They are designed to teach you to be strong and wise.
ALLAH did not promise that life would be easy,

But HE did promise to be at your side as long as you want HIM to.

Fathi, I am here, just wanna let you know,

that,

You are one of the best friend I have ever had.
May ALLAH bless us.
Amin.

It was a wise decision when I decided to never let go of your hand.
I am blessed.

Feb 1, 2012

Jatuh Cinta Lagi

Belog The Other Khairul asyik buat aku rasa nak ketawa.
Haha.
Apa-apa pun, setiap kali melawat belog beliau, pasti akan jatuh cinta sekali lagi.
Mungkin, beliau ni ada imaginasi tinggi. Sebab tu banyak teori pelik.
Abah tension tengok aku gelak sorang-sorang depan laptop ni.
Maaf abah..Mr.K merepek dengan info yang menarik. Terpaksa gelak.

Mr.K, kau tak pernah adil. Berat sebelah sepanjang masa.
Asyik puji perempuan comel, comel, comel, cantik, comel, cute, cute, putih, comel.
Huh. Lelaki.

Don't even understand why I still visit his blog. Oh ya. Sebab gaya penulisan.
Night, world.

Hari Jadi Kekasih

Subhanallah.
Hari jadi kekasih bakal tiba.
3 hari lagi.

Harus buat persiapan.

Beri peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman seperjuangan.




Beliau adalah seorang kekasih.
Layanan yang sangat baik harus diberikan. Kerana dia seorang Kekasih.
Pujian harus diucapkan dengan lebih kerap lagi.
Supaya rasa cinta itu dapat dizahirkan.
Kekasih tiada di depan mata.
Tetapi amat dekat di hati, jika selalu diingati.
Mana mungkin seseorang melupakan insan yang amat disayangi.
Bezanya cuma.. antara kuat atau lemah ingatan kita terhadap Kekasih.



Rabi-ul-Awwal.

Bulan penuh rahmat.
Lahirnya seorang Kekasih.

Kepada yang lupa, mari kita ingatkan.
Sempena Hari Lahir Kekasih, 

Ayuh ingatkan diri supaya perbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Setiap hari. Tanpa jemu.


Peringatan pada diri.

5 Tips Hilangkan Bosan Dalam Keretapi

Koc Superior - KTM


Ehem.Ehem.
Assalamualaikum.



Pada tanggal 17 Januari yang lepas, Fathi akhirnya dapat merealisasikan impian beliau untuk pergi ke Kelantan.
Specifically, to Cik Sue's house.
Apparently, am not alone. Sue invited her Myanmar friend too. Her name is Sofea. (Hope I spell her name correctly.)

Jadi.. bermulalah pengembaraan kami bertiga.

The best part is, kami naik Keretapi!
Oh yes..mahu beri pujian pada Keretapi Tanah Melayu Berhad.
The journey was super awesome.

Jadi, tanpa berlengah lagi, mari kita lihat tips-tips untuk hilangkan bosan sewaktu anda berada di dalam keretapi.

Fakta: Ini mahu menempuh perjalanan selama berjam-jam. Oleh itu, kita memerlukan plan untuk tidak didekati rasa bosan.
Here we go.


#1 - Go for a walk

Masuk-masuk je dalam keretapi, pergi tengok seat dan letak bagasi anda. Setelah itu, go for a walk! Yes. Go for a walk. Pergi jalan-jalan melawat coach depan dan belakang coach anda.
Paling seronok kalau coach anda bersebelahan dengan Kantin. Superb.

Oh. dan jangan lupa pergi check condition toilet juga. Ambil feel awal-awal.
Nak tahu kenapa kena buat macam ni?



Kerana...bila rasa bosan datang melawat nanti, anda bolehlah jalan-jalan ke coach yang lain. Waktu keretapi tengah jalan tu, pergi melawat kawasan. Biar susah nak jalan, asalkan rasa bosan hilang. Lagi susah nak jalan, lagi cepat rasa bosan hilang. Bijak kan?

#2 - Bring gadgets or reading materials.
Tolong jangan lupa ingatkan diri  sendiri untuk membawa Mp3 players, telefon bimbit, PSP, Laptop, novel, majalah, dan apa-apa sahaja barangan yang boleh bantu distract diri anda.

Based on my experience, I have my phones to make me stay alive and away from boredom. I also have my mp3 player. My friend, Sue has her laptop. We watched a movie that night. It was awesome eventhough we stopped watching before the movie ended because..battery died. Note: Dalam keretapi bukannya ada plug nak charge phone atau laptop. 
So yes...jangan lupa bawak ye. And make sure they are fully charged. Kalau tak, heh. Baik takyah bawak.

#3 - Force a friend to SMS with you.
When you have no one to talk to masa dalam train, contoh macam kawan sebelah tidur, lepas tu kita punya peratus bosan naik secara mendadak, apa yang kita boleh buat ialah, paksa mana-mana kawan kita untuk SMS dengan kita. Yeah!

Dalam kes Fathi, ada seorang individu yang sangat baik hati sudi SMS dengan Fathi sepanjang malam waktu dalam train. Kerusi tempat kami duduk tak seempuk yang kami sangkakan. Nak tidur, memang tak dapat. Nasib baik la kawan baru Fathi tu sudi SMS dengan jayanya pada malam tersebut. THANK YOU =)

So, yes. Get someone to talk to. Kalau tak ada mutual agreement, paksa! Haha. SMS je sesiapa pun.
Parents pun okay gak. I did that during that time. My dad cool la. Dia layan my SMS. Heheh.



#4 - Bring your own food/ Buy food before you board the train.
Make sure you buy lots of snacks or food, so that you can eat them on the train. Kenapa mesti beli sebelum naik keretapi? Beli dalam keretapi tak boleh ke? Boleh je. Tapi sila sediakan wang tunai yang banyak ye. Harga makanan dalam keretapi mahal. Tak sanggup rasanya nak beli. T_T
Belilah jajan ke, keropok ke, biskut ke, coklat ke.. Bila bosan je, makan. Bosan je, makan. Bosan je, makan. Jadi, tidak timbullah isu bosan lagi =)


#5 - SLEEP.
Pakai earphone dekat telinga, kuatkan volume, duduk selesa-selesa, pejam mata dan TIDUR.
Yeah. Ini tips paling best sekali. Confirm hilang bosan. Kalau tak mengantuk pun, paksa jugak diri untuk tidur.

OK?

Have a very nice journey! =D



Bonus: For those who love to have lots of alone time to think about life, then what you should do to make your time useful is to THINK. Or maybe, more interesting, is to DAYDREAM. Yeah!





Kisah Ayam Goreng dan Kucing

Assalamualaikum.
Hai. Selamat petang manusia-manusia hensem dan comel di luar sana. (Cewah, ada macam style Mr.K tak? Aku nak tiru dia sikit harini. Huh.)
Hari ini, niat untuk bercerita tentang kisah cinta telah dibatalkan dengan jayanya.
Hanya kerana satu sebab. Rasa eww.. secara tiba-tiba. Apa Fathi tak sudah-sudah emo pasal relationship ni?
Gelilah. Haha. Baca Mr.K punya belog, peratus rasa geli tu ada la jugak tapi peratus yang selebihnya, Fathi gelak sakan tengok gaya penulisan beliau. Gedik tapi kreatif. LOL. How can a guy be that gedik?



So, hari ini, cerita kita adalah tentang ayam goreng dan seekor kucing belaan manusia.
Mangsa keadaan: Ayam goreng.
Pemangsa: Kucing ( Nama beliau Demang Jr.)
Yang penat bagi ayam goreng dekat kucing: Tuan rumah (ehem2.)



Semalam, sedang tuan rumah asyik mendengar Aamir Khan dan Manisha menyanyi lagu Mera Mann, Demang Jr. telah mengetuk pintu bilik tuan rumah dan minta izin mahu masuk. (Tuan rumah seorang sahaja yang faham bahasa kucing belaan beliau. Harap maklum.)
Lalu, diizinkan si kucing masuk sambil bertanya, "Nak apa ni bising2?"
Si kucing terus mengiau tanpa menghiraukan tuan rumah tersebut. Mengiau sambil berjalan berlegar-legar di dalam bilik. Panjat katil, masuk bawah selimut, keluar semula dan duduk atas beg gitar, bangun dan panjat kerusi..dan iyah! melompat ke atas meja solek dan akhirnya turun semula dan berjalan dengan macho ke arah tuan rumah. Mengiau tidak henti.

Tuan rumah garu kepala. Apahal kucing ni? Time orang nak rehatlah dia datang buat bising. Semak.
Beliau pun buka pintu bilik dan ajak Demang Jr. ke dapur. "Kau nak makan kan? Nah, ni ada biskut kucing. Makan ye.. Air ada kat sebelah tu. Makan ok?"

Demang Jr. pandang sebelah mata je biskut kucing dalam pinggan tu.
Ni apahal pulak ni. Bagi makan tak nak pulak.

"OK. Fine. Manja nak keluar tengok adik-adik ke? Jom kita keluar ye. Pintu keluar ada kat depan. Meh. Kita jalan sama-sama."
Si kucing ikut tuan rumah dari belakang sambil berlari-lari anak.
Sampai di muka pintu, kucing buat muka tak bersalah.
Tak nak keluar pulak! Habis tu nak apaa?? Miau miau miau miau dari tadi. Nak apa? Cuba cakap.
Tuan rumah bengang.

Mereka berdua pun jalan sama-sama, pergi ke meja makan di tengah rumah.
Si kucing panjat meja makan dan sondol tudung saji atas meja dengan menggunakan kepala.
Tuan rumah pun curious nak tahu kucing ni sebenarnya nak apa.

Diangkat tudung saji tersebut..dan...tadaaa!

Ada 2 ketul ayam goreng dalam pinggan!

"Laaah...nak ayam goreng rupanya. Nape tak kastau awal-awal..."


Fakta: Demang Jr.'s favorite food since he was a kid is AYAM GORENG. Dasar upin ipin punya kucing.

Tuan rumah pun ambil ayam goreng tu, basuh dengan air supaya tak rasa berempah sangat dan serve them in a plate. Ready to be eaten!
Demang Jr. tunjuk muka puas hati. Terus berhenti mengiau. Hish. Pelik ah binatang ni.


Si kucing makan ayam goreng dengan bersungguh-sungguh.
Tuan rumah rasa kagum.
Subhanallah.
Ciptaan Allah yang macam ni punya perangai pun ada? Haha. Uniklah.

Demang Jr., walaupun kau gedik malam semalam, kau tetap comel. Ugh. Asyik kalah je dengan kecomelan dia. Lemah aku.

Ayam goreng sedap.
Have a great dinner, people!

Love, Fathi.