Selalunya yang beri aku kekuatan untuk teruskan hari-hari yang mencabar adalah umi dan abah aku.
Diorang la yang bagi aku kata-kata motivasi supaya aku kuat semangat.
Aku ni mudah sangat terkesan dengan kata-kata orang sekeliling aku.
Haha. Jadi, tiap kali kena kutuk atau kena perli, mesti aku telefon umi. Selalunya umi la yg jadi mangsa kena dengar aku membebel tak sudah-sudah.
Contoh:
Alien A: Muka kau ni macam anak orang India lah.
Aku: Kau ni, mentang-mentanglah atuk aku asal dari India, kau nak kutuk aku kan.
Alien A: Haha. Dahlah hitam, kau ni gemuk pastu pendek pulak tu.
Aku: (Diam sambil sengih2. Dalam hati menyumpah2 sesumpah depan mata aku tu.)
Sejurus selepas perbualan di atas tamat, aku telefon Umi. Pastu korang tahu la kan apa aku buat. Haha.
Macam orang lain, ada best friend lah, ada geng lah, ada kekasih hati lah, ada kawan yg boleh selesaikan masalah bersama bagai.
Tapi aku takde semua seperti yang disenaraikan di atas. Kalau ada pun, 5 orang kawan rapat je. 5 orang tu jelah yang paling aku percaya setakat ni.
Aku pulak tak nak lah diorang asyik dengar aku mengadu masalah je. Cair taik telinga diorang nanti.
'Kawan' yang lain semua dah musnahkan kepercayaan aku terhadap diorang. Dugaan.
Aku tanya kat umi.
Umi, kalau kita dapat layanan buruk daripada org lain, maknanya mesti kita pernah buat kesalahan tu dekat orang lain kan?
Umi jawab, "Ha'ah.boleh jadi jugak sebab tu."
Aku tanya lagi.. tapi kalau kita tak pernah buat pun macam tu dekat orang, tapi orang buat kita, macam mana pulak?
Umi jawab, "Maknanya, Allah nak bagi ujian dekat kitalah tu. Kena banyak sabar. Istighfar."
Fuh. Lega hati aku bila dengar umi cakap macam tu.
Jadi, setiap kali aku dapat layanan buruk daripada orang lain, aku akan bersabar.
Kalau aku pernah buat kesalahan tu dekat orang lain, maknanya Allah bg balasan kat aku. Padan muka aku.
Kalau aku tak pernah buat macam tu, aku sabar jelah.
Susah nak bersabar sebenarnya. Susah. Susah. Kena kuat semangat.
Tapi, kalau aku berjaya tahan rasa marah aku kan,nanti aku rasa macam dapat satu kejayaan. Hati rasa nyaman. Iye.. Korang cubalah nanti :)
Kepuasan yang tidak terhingga.
Aku pernah dengar Ustaz Zahazan cakap,
Sabar tu ada 3 tahap. Atau ada 3 jenisnya.
1. Sabar daripada melakukan maksiat.
Time kengkawan ajak korang ponteng kelas ke kan, tapi kalau korang tahan dan cuba pertahankan pendirian korang tak nak ponteng kelas,
itu maknanya korang sabar daripada melakukan maksiat. Ponteng kelas tu kan tak baik.Haha. Ini contoh je okay.
2. Sabar dalam melakukan Ibadah.
Contoh paling senang, masa bulan Ramadhan kan kita pegi solat terawih.
Pertamanya, lepas berbuka, perut kan dah kenyang. Mesti rasa malas je nak pegi masjid.
Tapi, korang kuatkan jugak semangat untuk kejarkan solat jemaah, solat terawih.
Itu dah dikira Sabar dalam melakukan ibadah.
Contoh kedua pulak, time solat terawih. Ada masjid yang buat sampai 20 rakaat solat terawih, tapi bacaannya surah pendek-pendek sahaja.
Ada masjid yang buat 8 rakaat je, tapi bacaan surahnya panjang. Maknanya korang kena diri lama sikit.
OK. Bila korang sabar dalam melakukan ibadah, maknanya korang kuatkan semangat untuk teruskan solat terawih.
Walaupun imam baca surah panjang. Walaupun rakaatnya banyak.
Takpelah, Ramadhan kan datang sekali je setahun. Boleh solat terawih time ni je. Apa salahnya bersabar sikit :)
3. Sabar apabila ditimpa musibah dan ujian.
Kalau tak silap aku, aku dengar Ustaz Zahazan kata, ini tahap sabar yang paling tinggi pahalanya.
Apabila kita sabar dalam menghadapi ujian atau musibah yang menimpa kita,
Allah akan bagi pahala yang banyak untuk kita.
Wallahua'lam.
Hebat kan kalau kita dapat jadi orang yang selalu bersabar? Dapat pahala. :)
Memang. Sabar itu indah. Nak dapat sabar tu, kena usaha sikitlah kan? Hee.
Ada sorang kawan ni offer nak jadi salah satu daripada sumber kekuatan untuk aku.
Hihi. Bunyi macam kelakar. Tapi, sangat thoughtful.
Thank You my Wira. Hehe. Now you are my Wira. Yelah, dah offer nak jadi orang kuat aku kan?
Orang kuat ke orang yang beri kekuatan?
Hehe. Whichever.
Salam Ramadhan al-Mubarak.
May Allah bless us all.